Hari Pertama persekolahan

5 Jan

Sekolah untuk sesi 2011 telah pun bermula pada isnin yang lalu. Cikgu-cikgu seperti biasa adalah antara manusia yang paling sibuk pada hari tersebut.  Mereka terpaksa menghadapi berbagai kerenah anak-anak murid terutamanya bagi mereka yang pertama kalinya merasai alam persekolahan. Bayangkan lah anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun yang pertama kalinya ditinggalkan oleh ibubapa, diserahkan kepada orang yang tidak dikenalinya.  Tangisan dan jeritan anak-anak adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru. Sebagai Pengurus Pasti Ar-Raudhah, saya hadir pada pagi tersebut, bersama-sama guru, cuba menjiwai perit getir guru dalam menguruskan anak-anak kecil ini.

Saya telah berkerja disalah sebuah Bank di Negara ini selama hampir 20 tahun. Dateline adalah antara perkara penting apabila saya arahkan untuk melaksanakan satu-satu projek. Tugas kami adalah memastikan projek dilaksanakan dalam masa dan budjet  yang telah dirancang. Tension dengan berbagai masalah membuatkan saya kadang-kadang rasa nak berhenti saja dari kerja ini.

Sehari berada dihari pertama pasti membuatkan saya merasakan kerja guru-guru ini jauh lagi sukar dari kerja pejabat. Berserabut dengan kerenah dan perangai anak-anak. Anak yang menangis terkencing minta di uruskan, ada yang tak makan arahan, dan berbagai lagi kerenah yang terpaksa dihadapi. Mudah-mudahan Allah menuangkan kesabaran kepada guru-guru ini semua dalam mendidik anak-anak yang berbagai ragam. Mudah-mudahan Allah membalas penat lelah mereka dengan balasan pahala yang sebesar besarnya, InsyaAllah.

Saya pula bersyukur kerana mempunyai kerja yang tidak sepening ini  dengan gaji yang jauh lebih baik dari guru-guru Pasti.

Suasana hari pertama di Pasti Ar-Raudhah

Meraikan hari lahir Cikgu Ima pada 1/1/2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: