Beramallah…segera

31 Jan

Anda jangan terperanjat kalau ada orang yang sanggup memperhambakan mak ayah sebagai orang gaji di rumah.
Anda jangan terkejut kalau ada orang yang sanggup menjual isteri kerana nak kaya dan senang cepat.
Anda jangan tersentak kalau ada orang yang sanggup membunuh kawannya kerana mahu kedudukan tinggi.

Kerana………

Nabi saw membayangkan kepada kita bahawa di akhir zaman nanti ada orang yang sanggup menjual AGAMAnya kerana harta dan habuan dunia.

Jadi kalau setakat nak menjadi tok penghulu, menjadi tok empat dan imam supaya dapat duit tambah/elaun tujuh atau lapan ratus sebulan, kecik sangatlah tu.

Bahkan kalau sekadar nak menjadi hartawan, menjawat jawatan tinggi seumpama SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri masih lagi kecil berbanding dengan nilai erti dan nilai AGAMA itu sendiri.

Maka anda jangan terkejut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ َرسُوْلَ اللهِ قَالَ: ((بادِرُوْا بِالأعمالِ الصَّالِحَةِ، فَسَتَكُوْنُ فِتَنٌ كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبَحُ الرَّجُلُ مُؤْمِناً ويُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤْمِناً وَيُصْبحُ كافِرًا، يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا)) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bersegeralah engkau sekalian untuk melakukan amalan-amalan – yang baik-baik sebelum datangnya bermacam-macam fitnah yang diumpamakan sebagai potongan-potongan dari malam yang gelap gulita.” Berpagi-pagi seseorang itu menjadi orang mukmin dan berpetang-petang menjadi orang kafir, ada lagi yang berpetang-petang masih sebagai seorang mukmin, tetapi berpagi-pagi telah menjadi seorang kafir. Orang itu menjual agamanya dengan harta dari keduniaan.” (Riwayat Muslim)

Marilah kita bersegera melakukan amal-amal kebaikan, kerja-kerja islah masyarakat, menentang kezaliman dan mencegah segala kamaksiatan yang sedang membanjiri negeri dan negara kita ini.

Sesuai dengan firman ALLAH;

﴿ فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَتِ ﴾

Allah Ta’ala berfirman:

“Maka berlomba-lombalah engkau sekalian untuk mengerja-kan berbagai kebaikan.” (al-Baqarah: 148)

Dipetik dari blog UYE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: