Surat Doa Kemenangan

12 Feb

SEMUA IBU BAPA & WARGA PASTI
PASTI Seluruh Malaysia

DOA DAN SOLAT HAJAT MOHON ALLAH MENANGKAN PERJUANGAN ISLAM di Mesir, Tunisia, Yaman, Jordan dan Semua Negara Arab (BUMI PARA ANBIYA’)

Dengan segala hormatnya, PASTI Malaysia ingin menyeru dan mengajak semua ibu bapa dan seluruh warga PASTI agar dapat mengadakan solat hajat dan berdoa sama ada secara berjamaah atau individu memohon kepada Allah agar memberi kemenangan kepada perjuangan Islam dalam kebangkitan rakyat di Mesir, Yaman, Tunisia, Jordan, Syria, dan keseluruhan Negara Arab yang pernah menjadi bumi para Anbiya’.

2. Untuk makluman tuan/puan, sudah berpuluh tahun negara-negara tersebut diperintah oleh golongan sekular dan nasionalis (Pejuang Bangsa) yang telah membohongi rakyat, menindas rakyat, rasuah, mengumpul kekayaan peribadi, menolak Undang-undang Islam dan sebagainya. Mereka telah mempergunakan surat khabar, radio dan televisyen untuk mempengaruhi dan menipu rakyat. Pemimpin-pemimpin di negara-negara tersebut yang jelas pro-Barat telah menghalang perjuangan parti Islam di sana untuk mengembalikan negara mereka ke pangkuan Islam. Seperti Negara Mesir (yang dahulu pernah diperintah oleh Nabi Yusuf), kini sedang dahsyat bergolak apabila rata-rata rakyatnya yang susah mahukan kerajaan sekular ditumbangkan dan digantikan dengan Kerajaan Islam yang dipimpin oleh parti Islam (Ikhwan Muslimin). Mereka mahu kembali kepada cara Islam.

3. Justeru, sebagai umat Islam yang cintakan Islam dan yakin kepada janji-janji Allah, marilah kita bersama-sama berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah agar Allah memberi kemenangan kepada perjuangan Islam di negara-negara tersebut dan semoga rakyat Malaysia di sana selamat. Doakan juga agar Allah berikan kemenangan kepada perjuangan berteraskan Islam yang dipimpin oleh Parti Islam di negara kita yang tercinta ini. Sesungguhnya sudah lebih 53 Tahun pemimpin-pemimpin Melayu sekular / nasionalis (Pejuang Bangsa) memerintah negara ini dengan menggunakan acuan Barat, menolak Undang-undang Islam, mengaut harta rakyat, rasuah, penyelewengan, gejala sosial / zina / buang bayi menjadi-jadi dan sebagainya.

4. Marilah kita bersama-sama bersatu dan menyokong perjuangan berteraskan Islam, dan sampai masanya kita menolak perjuangan berteraskan bangsa (Assabiyah) yang terbukti gagal. Moga-moga kita selamat di dunia dan di akhirat, amin.

Sekian, terima kasih
(AZRIN ABD MAJID)
Ketua Pengarah PASTI Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: