Ahli keluarga baru Pasti WP

1 Mar

Pasti WP mengucapkan selamat menimang cahaya mata kepada guru pasti Al-Huda SPPK Segambut, cikgu Noryati Jamari. Beliau telah selamat melahirkan anak perempuan pada 12 Jan 2011 yang lalu. Anak yang diberi nama Khalesa Busro dan ibu sekarang berada dalam keadaan sihat.

Lajnah Kebajikan yang diketuai oleh Sdr Abdul Halid  dan Majlis Guru Pasti (MGP) WP yang diwakili oleh Setiausahanya, cikgu Masitah telah hadir menziarahi ibu dan anak tersebut dikediamannya di Segambut pada Sabtu 26 Feb 2011 yang lalu selepas selesai program pemilihan pemain bola sepak dan bola jaring.  Sedikit sumbangan dari lajnah Kebajikan dan MGP tanda turut gembira telah disampaikan oleh cikgu Masitah. Tahniah diucapkan kepada cikgu Noryati. Semoga bertambah keberkatan dari Allah untuk keluarga beliau. 

New born baby – Khalesa Busro

Cikgu Masitah menyampaikan sumbangan kepada cikgu Noryati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: