Untuk renungan

21 Mar

Saintis Akui Adanya God’s Spot Dalam Otak Manusia

 god+spot 1 Saintis Akui Adanya Gods Spot Dalam Otak Manusia Penemuan ini bukanlah penemuan yang baru dalam sejarah Sains dunia. Sebelum ini pun saintis telah menemui banyak keajaiban pada diri manusia. Kali ini laman ini menampilkan penemuan yang telah berjaya dibuat oleh Profesor Vilyanur Ramachandran 13 tahun dahulu, bersama pasukannya dari Universiti Carlifornia, San Diego, Amerika Syarikat. Meskipun penemuan ini sudah lama, atas permintaan pembaca, laman ini mengeluarkan satu artikel tentang penemuan tersebut.

Profesor Vilyanur Ramachandran menyatakan bahawa terdapat peningkatan aktiviti di kawasan ‘Lobus Temporal’ apabila seseorang itu diberikan nasihat ketuhanan, atau melakukan aktiviti kerohanian. Beliau menyimpulkan bahawa pada otak manusia telah sedia ada litar saraf ketuhanan, atau kepercayaan beragama sejak lahir lagi. Inilah yang dikatakan fitrah beragama. Prof Ramachandran menjalankan imbasan otak ke atas seorang individu yang sedang diberi nasihat kerohanian. Hasil imbasan otak menunjukkan bahawa bahagian Lobus Temporal amat bersinar semasa melakukan aktiviti tersebut dan sinarannya semakin surut selepas aktiviti ketuhanan dihentikan

Penemuan ini dikuatkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Dr. Michael Persinger dari Kanada yang merupakan pakar neuro-psikologi. Beliau telah membuat ujikaji di mana beliau membuat ransangan medan magnet secara artifikal di bahagian Lobus Temporal lalu sel-sel otak di bahagian tersebut menjadi aktif. Apabila sel-sel di bahagian tersebut aktif, maka apa yang dirasakan oleh beliau ialah hadirnya rasa kesedaran akan kehadiran Sang Pencipta buat pertama kali dalam dirinya. Bahagian inilah yang digelarkan oleh Prof Ramachandran dan Dr. Michael Persinger sebagai God’s spot.

Penemuan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Saintis barat telah menemui titik sentuh 3 jenis kecerdasan manusia ( IQ,EQ & SQ) adalah berpusat pada God’s Spot ini! Nah! inilah yang dikatakan penyuburan kerohanian mengawal tingkah laku setiap individu.

Kita berbalik kepada apa yang diajarkan kepada kita sebagai umat Islam. Semasa di alam roh, yakni sebelum roh dimasukkan ke dalam tubuh manusia, semua roh telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa. Selepas dimasukkan ke dalam tubuh manusia, fitrah beragama itu dengan sendirinya akan wujud kerana roh itu tadi telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa. Perasaan tentang kehadiran Sang Pencipta ini akan wujud dalam setiap diri manusia. Oleh sebab itu manusia memerlukan agama untuk dijadikan panduan hidup kerana mereka mempunyai fitrah beragama. Cuma yang membezakan manusia ialah cara mereka mengenal Tuhan. Hakikatnya, setiap manusia akan mencari-cari Tuhan mereka. Dan bagi kita umat Islam, semestinya kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Berkenaan dengan Lobus temporal yang menjadi pusat kepada 3 kecerdasan manusia (kecerdasan emosi, intelektual dan spiritual), ini menggambarkan bahawa rohani yang sihat akan membuatkan kita boleh menilai baik buruk sesuatu perkara. Untuk mendapatkan rohani yang sihat, maka, tarbiah diperlukan… Tarbiah inilah yang telah membuatkan lobus temporal kelihatan bersinar ketika diimbas. Tarbiah yang berterusan akan menggalakkan pengaktifan sel pada bahagian ini untuk mengawal 3 jenis kecerdasan manusia tadi. Jadi, tindakan seseorang individu akan dinilai di sini agar tidak bertindak mengikut perasaan, dan menggalakkan individu untuk bertindak mengikut landasan SQ, iaitu landasan agama. Ini yang dikatakan sebagai TARBIYYAH MEMBENTUK AKHLAK YANG MULIA….

Perhatian untuk mengelakkan kekeliruan : Artikel ini tidak sesekali menyatakan bahawa lobus temporal itu merupakan tempat adanya iman atau roh pada bahagian otak ini… Artikel ini hanya menjelaskan penemuan saintis tentang God’s spot dan menterjemahkan penemuan ini melalui kaca mata Islam…

Wallahua’lam…..

dipetik dari blog.uhs-4all.ws

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: