Sambutan Maulidur Rasul di As-Sofi (back dated)

22 Mar

Maaf atas kelewatan mem ‘post’ kan berita ini.

Pada 25hb Februari bersamaan 22 Rabiulawal 1432Hijriah,Pasti As Sofi telah mengadakan sambutan  Maulidur Rasul. Semua ibu bapa dijemput hadir ke majlis ini. Majlis pada pagi itu dibuat dalam keadaan yang serba ringkas. Majlis ini dipengerusikan oleh Cikgu Siti selaku guru murid 6 tahun Pasti As Sofi.

Pertama-tamanya,majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Zukhairi yang dijemput khas bagi menyampaikan sirah nabi kepada murid-murid. Seterusnya majlis tersebut diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu Noni bagi mewakili pengurus pasti yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Aturcara seterusnya pula adalah bercerita mengenai sirah nabi yang disampai kan oleh saudara Zukhairi. Wah!bukan main seronok lagi murid-murid AsSofi mendengar cerita-cerita mengenai sirah Nabi Muhammad (S.A.W). Selain itu,pelajar juga diajukan dengan pelbagai soalan yang kebanyakkannya dapat dijawab dengan mudah oleh pelajar. Namun begitu,suasana menjadi begitu meriah sekali dengan keletah murid-murid yang mencuit hati para tetamu yang hadir. Selesai saudara Zukhairi bercerita mengenai sirah Nabi Muhammad,beliau mengetuai selawat ke atas Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang diikuti bersama-sama murid-murid,guru-guru serta tetamu.

Selain itu ,murid-murid juga membuat persembahan nasyid bertajuk “Rasulullah” yang dipopularkan oleh kumpulan Hijjaz. Mereka hanya mengambil masa selama seminggu untuk menhafal lagu tersebut dan hasilnya amat memuaskan. Salah seorang pelajar As Sofi yang begitu berbakat iaitu adik Wan Nur Ain Najihah pula mendeklamasikan sajak yang bertajuk “Ya Rasulullah”. Pandai benar adik Wan menyampaikan sajak dengan nada yang begitu syahdu.

Akhir sekali,untuk majlis penutupan para pelajar membuat pertunjukkan pakaian beragam. Terdapat pelbagai jenis pakaian yang diperagakan oleh pelajar. Antaranya ialah baju kurung,berjubah ala-ala Arabian,Punjabi ala Pakistan dan lain-lain lagi. Malah terdapat juga pelajar memakai pakaian ala-ala batman yang lari pada konsep,biasa lah minda kanak-kanak lagi. Sebelum bersurai,murid-murid serta tetamu dijamu dengan pelbagai jenis juadah serta sedikit cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari As Sofi. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain disamping majlis yang mulia ini. Wassalam dari As Sofi.

One Response to “Sambutan Maulidur Rasul di As-Sofi (back dated)”

  1. peminat PASTI WP March 23, 2011 at 1:27 am #

    syabas utk al-Sofi. Teruskan aktiviti baik ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: