Cikgu Ana dalam kenangan

4 Apr

Ajal dan maut di tangan tuhan. Apabila telah sampai masanya, kita semua akan dipanggil mengadap mencipta kita, Allah swt. Semua akan pergi meninggalkan alam yang fana ini, hanya masa yang menentukan bila dan bagaimana caranya.

Begitulah yang terjadi kepada Cikgu Rohana Che Lah, 46, guru Pasti As-Salam, Lembah Pantai. Tanpa di duga oleh sesiapa, beliau telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu lalu pukul 5:30 petang. Setelah kita semua bergembira dengan selesainya sukan bola sepak bola jaring pasti WP di Bandar Tun Razak, tanpa diduga salah seorang daripada kita telah dipanggil balik menemui Allah. Cikgu ana meninggal semasa pergi ke Klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan ubat penyakit jantung nya.

Cikgu Ana telah bersama-sama pasti WP setelah sekian lama malah sebelum saya terlibat dengan organisasi pasti kira-kira tahun 6 atau 7 tahun yang lalu. Beliau mengajar di Pasti An-Nur untuk sekian lama sebelum berhenti pada tahun lalu. Beliau  kemudiannya telah diminta dan dipujuk untuk mengajar di As-Salam pada tahun ini. Beliau telah menerima tawaran tersebut. Jasa-jasa beliau kepada Pasti dalam mendidik anak-anak begitu banyak yang tidak bisa saya ungkapkan disini. Semoga Allah menerima semuanya itu sebagai amal-amal soleh dan menempatnya roh beliau bersama-sama roh orang-orang yang soleh. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pagi semalam. Al-Fatihah….

Cikgu Ana di sudut kanan gambar. Ini gambar beliau yang saya ada dalam koleksi saya. Gambar ini semasa sukan bola sepak bola jaring 2007 di Taman Maluri

4 Responses to “Cikgu Ana dalam kenangan”

  1. haris April 4, 2011 at 5:04 am #

    semoga Allah merahmati kerja2 beliau di pasti..memang teras kehilangan nya setelah beliau antara teraju utama kejuaraan bolajaring as-salam kali pertama di pesta sukan kali ke 6

  2. ummu sulaim April 4, 2011 at 11:08 am #

    innalillahiwainnailaihi roji’un. dr Allah kita datang, kepada Allah juga kita di kembalikan.

    namun kepergiannya amat dirasakan stlh kemunculan terakhirnya seharian bersama warga pasti.amat mengejutkan semua warga pasti. semoga rohnya ditempatkan bersama mukminin yang solihin. semoga ahli keluarga tabah menghadapi kehidupan seterusnya. kpd anak2 Allahyarmah semoga kuatkan semangat. tabahkan hati.

    al-fatihah.

  3. Rabiah Zakaria April 4, 2011 at 5:13 pm #

    assalam, banyak kenangan manis saya bersama beliau… terasa satu kehilangan dan amat terkilan kerana perjumpaan kami pada hari pesta sukan bola sepak dan bola jaring sabtu lalu adalah perjumpaan yang terakhir…. semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang2 yang soleh… al-Fatihah….

  4. sofiya April 8, 2011 at 8:13 am #

    assalamualaikum…kt sm2 berdoa smga rohnya akan dirahmati oleh allah dan di tmpat tmpat orng2 yg beriman…AMIN…byk kan lah bersabar kepada keluaganya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: