Temasya sukan bola sepak & bola jaring pasti WP 2011

5 Apr

Pada 2 April 2011 bersamaan 28 Rabi’ulAkhir 1432H, PASTI WP telah mengadakan Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat WP buat kali yang ke 6. Pesta Sukan tahunan ini telah diadakan di Padang Bola Sepak DBKL, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak berhadapan BHP Bandar Tun Razak. Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring ini merupakan anjuran PASTI WP bersama Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak. Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Salbiah Hj Abdul Wahab yang merupakan Timbalan Pesuruh jaya 3 PAS WP merangkap Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat.

Pertandingan sukan Bola Sepak dan Bola Jaring bermula seawal jam 9.00 pagi. Semua kontijen    pasukan daripada 20 buah PASTI seluruh WP mengambil tempat masing-masing di sebelah khemah yang disediakan oleh pihak urusetia. Sejurus kemudian tetamu kehormat iaitu Ustazah Salbiah Hj Abdul Wahab sampai mengambil tempat  diiringi oleh Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh dan Pengarah Program Sdr Mohd Zaidi serta tetamu jemputan YDP PAS Bandar Tun Razak, Sdr Md Shukur Aziz. Program bermula dengan lintas hormat setiap kontijen PASTI-PASTI yang bertanding sambil di iringi lagu iringan. Setiap kontijen ini mempunyai baju sukan yang tersendiri. Mereka membawa panji perjuangan  PASTI masing-masing sambil diiringi oleh setiap guru PASTI dengan bantuan Unit Amal Bandar Tun Razak. Setelah semua kontijen berkumpul, acara di teruskan dengan nyanyian lagu PASTI daripada semua kontijen dan seterusnya ucapan ringkas daripada Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Seterusnya acara dirasmikan oleh Ustazah Salbiah. Setelah ucapan perasmian oleh beliau. Gimik perasmian juga turut diadakan dengan Ustazah Salbiah selaku perasmi Pesta Sukan ini memotong tali belon bersama riben sebagai tanda acara pertandingan akan bermula sebentar lagi. Kemudian, acara diserikan lagi dengan bacaan doa daripada adik Ahmad Baihaqy Ahmad Ghazali PASTI Ar-Raudah dan bacaan Ikrar daripada adik pelajar PASTI Al Aulad. Selepas itu, perbarisan kontijen keluar padang diiringi lagu iringan untuk memulakan acara kemuncak iaitu pertandingan sukan bola sepak dan bola jaring.

Sebanyak 9 padang diperuntukan untuk pestasukan ini yang mana 4 padang untuk bola sepak dan 5 padang untuk bola jaring. Pesta Sukan bola sepak dimulakan dengan pertandingan serentak 4 padang di antara PASTI As-Salam menetang PASTI Al-Huda, PASTI Ar-Rasyidin menentang PASTI Al-Hilmi, PASTI Al-Hidayah menetang PASTI As-Sofi/Furqan dan PASTI Ibnu Khaldun menentang PASTI Al-Aulad. Pertandingan-pertandingan yang berlangsung di antara setiap 20 buah PASTI adalah sungguh sengit sekali. Pelbagai skil dan teknik telah dipertontonkan oleh murid-murid PASTI ini walaupun mereka ini hanya berumur 5 dan 6 tahun sahaja. Perlawanan berlangsung sehingga ke tengahari. Pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah daripada PASTI Ar-Rasyidin dan PASTI Al-Hidayah. Kedua-dua pasukan ini berentap dengan penuh semangat yang berkobar-kobar demi memenangi juara bagi tahun 2011 ini untuk kali pertama untuk PASTI mereka. Walaupun perlawanan berlangsung pada tengahari namun ianya tidak melunturkan semangat mereka yang waja itu. Masing-masing telah menunjukkan skil dan gaya permainan yang hebat. Namun, apa kan daya, kehebatan PASTI As-Salam yang merupakan juara bertahan 5 kali yang tahun ini dijangka untuk mejuarai sekali lagi telah tertewas dengan Ar-Rasyidin dengan balingan syiling setelah sepakan penalti mendapat mata yang sama pada perlawanan separuh akhir antara PASTI As-Salam bertemu dengan PASTI Ar-Rasyidin dan juga tewas dalam penentuan tempat ketiga/keempat dengan PASTI Nurul Iman. PASTI Ar- Rasyidin berjaya menewaskan PASTI Al-Hidayah dengan jaringan sebanyak 1 berbalas 0. Juara baru bagi acara Bola Sepak merupakan PASTI Ar-Rasyidin, Naib Johan PASTI Al- Hidayah dan tempat ketiga  PASTI Nurul Iman. Bagi perlawanan bola jaring pula, juara ialah PASTI As-Salam setelah menewaskan PASTI Al-Kauthar

Penghujung pesta sukan bola sepak dan bola jaring ini ialah ucapan penutup yang telah disampaikan oleh Sdr. Herman Samsudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan seterusnya penyampaian medal kepada semua peserta dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Penyampaian medal kepada semua peserta bola sepak telah disampaikan oleh Sdr. Herman Samsudin selaku selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan..

Pertandingan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI WP 2010 ini berjaya melahirkan pemain terbaik dari sukan bola sepak dan bola jaring. Bagi Sukan Bola Sepak, pemain terbaiknya ialah Adik Irfan dari PASTI Ar-Rasyidin manakala bagi Sukan Bola Jaring pula ialah Adik Soleha Bt Zamri dari PASTI As-Salam.

Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring telah berakhir dengan jayanya. Semoga pertandingan ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam kedua-dua sukan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua PASTI kerana berjaya menghantar semua kontinjen untuk pesta ini. Juga tidak ketinggalan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada saf pelaksana program ini dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan acara ini, menyiapkan tempat dan segala fasiliti yang diperlukan. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

SUK Pasti WP.

Ucapan perasmian oleh Ustazah Salbiah

 

Perlawanan pembukaaan antara Ar-Raudhah dan As-Salam

Pelajar injured. Rawatan sedang diberikan

Perlawanan akhir antara Ar-Rasyidin dan Al-Hidayah

Tempat ke-3. Nurul Iman bersama pengurusnya

Ucapan penutup oleh Sdr Herman

Juara bola sepak 2011. Pasti Ar-Rasyidin

Juara Bola Jaring 2011. Pasti As-Salam

Pemain bola sepak terbaik. Adik Irfan dari Pasti Ar-Rasyidin

Pemain bola jaring terbaik. Adik Soleha dari Pasti As-Salam

 

3 Responses to “Temasya sukan bola sepak & bola jaring pasti WP 2011”

  1. nazzli April 7, 2011 at 3:58 pm #

    salam,,,,,,,,,,taniah kpd pemenang n tahun dpan cuba lagi…

  2. Ummi sulaim April 13, 2011 at 12:08 pm #

    Salam. Tahniah kpd pasti ar-rasyidin dn pasti al-hidayah krn brjy k peringkt akhir. Tahniah sgt2 kpd pasti al-hidayah krn stlh 6 thn prtndgn d adakn , ini kali prtm brjy mnjd juara kump strusnya marg k final dn wlpn kalah dgn ar-rasyidin, tp hidayah ttp mmberi tntgn yg hbt. Syabas kpd ank2 pasti al-hidayah. Teruskn usaha dn kekalkn permainan yg baik d thn2 mndtg. Tk.

  3. azie April 14, 2011 at 1:19 pm #

    tahniah pasti al hidayah bola sepak dapat no 2.usaha utk thn hadapan.pasti hidayah boleh…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: