Al-Aulad & Ar-Raudhah ke Zoo Negara

25 Apr

  Pada Sabtu, 23 April yang lalu, Pasti Al-Aulad dan Pasti Ar-Raudhah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Program ini merupakan antara aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak Pasti. Tahun lepas, Pasti ini telah beriadah dan berkunjung ke Pantai Port Dickson dan Taman Burung Unta di sana. Tahun ini kami beralih kembali ke Zoo Negara.

Anak-anak pasti begitu ‘excited’ dengan lawatan ini. Seramai 66 orang pelajar telah menyertai program. Bertolak menaiki bas kira-kira pukul 9:00 pagi dan sampai ke Zoo dalam pukul 9:30 pagi.

Selepas melepasi kawasan gajah dan burung unta, kami berehat sebentar menikmati sarapan yang dibawa. Di temani burung-burung Flamingo berterbangan ditepian tasik. Al-Aulad pula melepak di kawasan pertunjukan gajah untuk menikmati sarapan.

Seronok melihat anak-anak begitu gembira melihat binatang-binatang yang ada disana. Hilang segala masalah pejabat yang membelenggu fikiran saya. Tambah seronak lagi melihat mereka begitu teruja menyaksikan persembahan binatang seperti anjing laut, burung helang, burung kakak tua dan lain-lain.

Hasrat hati, mahu lagi menawaf sehingga puas, tapi apakan daya kudrat tiada. Tambah kesian melihat Cikgu Yati Ar-raudhah yang kepenatan. Al maklumlah tubuh badan semakin dimakan usia. Kalau Cikgu Ima, Yati dan Mira tak apalah sebab mereka masih muda.  Saya bawa Cikgu Yati singgah ke Medan Lebah. Saya belikan beliau sebotol madu lebah asli untuk kegunaan seharian. Semoga mendapat kesihatan yang baik dengan meminum madu lebah setiap hari.

Cikgu Ida Al-Aulad lagi dasyat, tanpa mengenal letih terus membawa anak-anak muridnya meredah zoo sehingga puas. Way to go, Cikgu Ida. I’m right behind you.

Anak-anak pun sudah letih dan mahu pulang berehat. Menaiki Tram (bus kecil) mengelilingi kawasan Zoo mengakhiri lawatan kami. Kami bertolak pulang kira-kira pukul 2:00 petang.

InsyaAllah, tahun depan kita cari tempat lain pula sebagai lokasi lawatan. Taman Buaya, Ayer Keroh kot?

Pengurus Pasti Al-Aulad & Ar-Raudhah

 

 

 

 

 

Bersiap sedia untuk berjuang…

 

 

 

 

 

Tingginya Zirafah ni..16 kaki

Binatang Savannah

Berehat menanti pertunjukan binatang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: