Tokoh Guru Pasti WP 2011

5 May

TOKOH GURU PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN 2011

SAMSIAH BINTI HASHIM

Pada  Muktamar Dewan Pemuda Pas WP  Ke 26 yang telah  diadakan  pada Hari Ahad  1 Hb. May 2011 bersamaan 27 Jamadilawal 1432H di Dewan Kohilal Diamond Square  Gombak, SAMSIAH BINTI HASHIM telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru PASTI Wilayah Persekutuan  Tahun 2011.

Mula berkhidmat sebagai Guru  di PASTI Al-Salam, Kawasan Lembah Pantai pada tahun 2002 sehingga sekarang   adalah anak kedua daripada 9 adik beradik kelahiran Daerah Sg. Burung,Tanjung Karang  dan mendapat pendidikan sehingga Tingkatan Lima .

Cikgu Samsiah telah tamat mengikuti Kursus Ambilan Dua Guru Pakar  PASTI Malaysia dan mendapat sijil yang disampaikan sendiri oleh President PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang pada tahun 2006 .

Sebagai  Ahli  Parti Islam SeMalaysia PAS, beliau adalah salah seorang  AJK PAS Cawangan Bukit Kerinci C2 dan  Dewan Muslimat PAS Cawangan selama lebih 10 tahun manakala diperingkat PASTI Wilayah pula adalah Ahli Jawatankuasa Majlis Guru dan  Unit Sukan.

Sepanjang  berkhidmat sebagai Guru  di PASTI Al-Salam  yang berada dibawah PAS Cawangan Bukit Kerinci C2, beliau di beri kepercayaan sebagai Ketua Guru dan  Pembantu Bendahari serta telah mencatat rekod kejayaan dalam  aktiviti Sukan Peringkat Negeri dimana PASTI Al-Salam telah berjaya sebagai Juara Sukan Bola Sepak selama 5 tahun berturut-turut dan pada tahun 2011  ini pula  dengan kerjasama Almarhumah Cikgu Rohana Che Lah  PASTI Al-Salam  muncul  pula sebagai Juara dalam acara Sukan  bola Jaring .

Pelajar PASTI Al-Salam Juga telah beberapa kali mewakili  PASTI Negeri  bagi  acara Sajak, Hafazan dan Bercerita   dalam Majlis Ihtifal disamping Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring anjuran  PASTI Malaysia yang diadakan di Negeri  Kelantan,Johor, Pahang , Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kedah.

Cikgu Samsiah – berdiri 2 dari kiri 

Cikgu Samsiah bersama juara bolasepak 2010, pasti As-Salam

3 Responses to “Tokoh Guru Pasti WP 2011”

  1. kassim May 5, 2011 at 9:10 am #

    tahniah kak sham

  2. teman May 8, 2011 at 10:52 am #

    taniah kak syam

  3. ummu sulaim May 9, 2011 at 10:43 am #

    tahniah kak sham. semoga Kak Sham di beri kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dalam perjuangan PAS dan PASTI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: