Sambutan Hari Guru 2011

24 May

Tema Hari Guru PASTI Malaysia tahun ini ialah ” Guru Menjana Kemenangan Ummah

Sambutan Hari Guru Pasti Malaysia 2011 telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam pada  21 dan 22 Mei 2011 yang lalu. Kontinjen Pasti Wilayah Persekutuan terdiri dari 10 orang guru dan 2 orang ALP yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pasti WP, Sdr Halid Basir telah hadir. 

Program bermula pada Sabtu 5:00 petang dengan Taujihad mengupas tema hari guru ” Guru Menjana Kemenangan Ummah”  yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat. Program sambutan penuh pada Ahad bermula pukul 9:00 pagi telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Darul Ehsan. Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Cikgu Azrin Ab Majid, Ketua Pengarah Pasti Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan dan wakil Dewan Pemuda Pas Pusat,Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat,  Sdr Faizi dan Pengerusi Majlis Guru pasti Pusat, Pn Saadiah Abu Bakar.

Para peserta juga telah dihiburkan dengan persembahan dari pelajar-pelajar pasti Kapar, adik-adik bekas pelajar pasti Ampang dan Suhaimi in-team.

Penerima anugerah guru pasti WP paling lama berkhidmat ialah cikgu Noryati Jamari dari Pasti Al-Huda SPPK sementara Tokoh guru pasti WP ialah cikgu Samsiah Hashim dari Pasti As-Salam. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Taujihad oleh Ustaz Idris Ahmad

Ucapan perasmian oleh YB Dr Halimah Ali

Persembahan adik-adik pasti kapar

Persembahan dari Suhaimi in-team

Kontijen guru-guru Pasti WP

Guru WP paling lama berkhidmat, cikgu Noryati Jamari 

Tokoh guru Pasti WP 2011, Cikgu Samsiah Hashim

 

Untuk maklumat penuh tentang program ini layari blog pasti Malaysia.

 

IKRAR GURU PASTI

Kami guru-guru PASTI Malaysia

Dengan ini berikrar:

 Mendukung terus cita-cita kami

terhadap tugas kami

 Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

 Kami akan berbakti kepada Allah

Masyarakat dan Negara kami

 Kami sentiasa menjunjung kedaulatan islam

Dengan mengamalkan Al-Quran dan As-sunnah

Serta prinsip-prinsip rukun iman dan islam

Pada setiap masa

 Mendidik dengan ikhlas

Berteraskan amanah dan kejujuran

Mendidik agar berani

Tabah dan berjihad

 Kami mencurahkan bakti

Mencorak warna kecemerlangan islam

 Bersatu menuju wadah

Menuju matlamat islam

Akhlak yang mulia menjadi terasnya

 Kami pendidik berikrar amanah, tabligh dan fathanah

 Allahu Akbar!  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!

One Response to “Sambutan Hari Guru 2011”

  1. nazzli May 28, 2011 at 3:38 pm #

    tahniah n slamat hari guru,,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: