Persiapan Bola Sepak & Bola Jaring Pasti Pusat

10 Jun

Pasti WP sekarang dalam proses bersiap sedia untuk menghadapi sukan bola sepak dan bola jaring peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Rusila, Marang, Terengganu pada 24 Jun 2011. Latihan bola sepak dan bola jaring telah diadakan semenjak 3 bulan lepas. Latihan berhenti seketika sepanjang cuti sekolah ini dan akan bermula semula minggu depan. 20 orang pemain telah pun dipilih untuk dibawa ke Marang. 10 orang pemain untuk setiap pasukan. Latihan bola sepak telah berjalan dengan lancar sementara latihan bola jaring menghadapi sedikit masalah dengan ketidak hadiran pemain semasa latihan. Semoga perkara ini akan dapat diselesaikan segera dengan kita menghampiri saat-saat akhir persiapan. Semoga segala usaha, tenaga, wang ringgit dan keringat yang ditaburkan pada kali ini akan mendatangkan hasil yang baik. Harapan kami semoga kali ini Pasti WP akan dapat kedudukan yang membanggakan untuk di bawa pulang.

Malam tadi di Pasti As-Salam, kami telah bermesyuarat membincangkan persiapan untuk membawa kontinjen Pasti WP ke Marang. Kontinjen kali ini insyallah akan diketuai oleh Pengarah Pasti WP sendiri, Ustaz Adlin Salleh. Seramai 20 orang pelajar, 15 orang guru dan 5 orang ALP akan menyertai rombongan ini. Kami akan bertolak malam Khamis 23 Jun 2011 dengan menaiki bas. Kami akan menetap di homestay yang telah disediakan oleh Pasti Pusat.
Doakan kejayaan kami….

Mesyuarat persiapan di Pasti As-Salam dipengerusikan oleh Pengarah Unit Sukan, Sdr Haris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: