Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti Malaysia 2011

29 Jun


25.6.2011. Marang Terengganu. Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti Malaysia kali ke-6 telah pun melabuhkan tirai pada jam 2 petang. Sebanyak 12 buah pasukan telah mengikuti pesta sukan tersebut yang di wakili oleh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Sabah dan Sarawak tidak menghantar pasukan untuk edisi kali ini kerana kekangan jarak yang membatasi pasukan mereka.

Wilayah Persekutuan telah menghantar pasukan bolasepak dan bolajaring, tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Wilayah Persekutuan tahun ini kerana tidak memenangi sebarang pingat. Pasukan Wilayah hanya mampu bersaing di peringkat kumpulan. Bagi pertandingan bolasepak, Pasukan Wilayah Persekutuan telah di kalahkan oleh pasukan tuan rumah Terengganu dengan jaringan 0-4 dan kalah kali kedua dalam saingan peringkat kumpulan kepada pasukan Melaka 0-3. Pasukan bolajaring hanya mampu bersaing di peringkat kumpulan juga di mana pasukan Wilayah Persekutuan kalah dengan pasukan Kedah 0-4,dan kalah juga dengan pasukan Melaka 2-4.

Bagi pertandingan bolasepak juara di sandang oleh pasukan Perak yang bertarung sengit dengan pasukan Selangor dengan jaringan 1-0, manakala tempat ke-3 di sandang oleh pasukan Kedah yang menewaskan pasukan Pulau Pinang dengan jaringan 1-0. Bagi pertandingan bolajaring pasukan tuan rumah Terengganu telah mempertahankan kejuaran 2 tahun berturut-turut dengan mengalahkan pasukan Melaka dengan jaringan besar 8-2,dan tempat ketiga pula di sandang oleh pasukan Johor dengan mengalahkan pasukan Kedah. Juara menerima sebuah tropi dan medal beserta wang tunai RM800 dan tempat kedua RM500 tropi dan medal, ke-3 dan ke-4 RM300 tropi dan medal. Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu. Program telah ditutup dengan ucapan dari Tuan Guru Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Keputusan Penuh
Bola Sepak
Johan : Perak
Naib Johan : Selangor
Ketiga : Kedah
Keempat : Pulau Pinang

Bola Jaring
Johan : Terengganu
Naib Johan : Melaka
Ketiga : Johor
Keempat : Kedah

Pemain Terbaik : Mohd Firdaus Norhalim bin Shahrol( Penjaga Gol PASTI Perak )
Sara Umairah bt Faisal ( G S – PASTI Terengganu )
Johan Keseluruhan : Terengganu

Sumbangan Pengarah Unit Sukan Pasti WP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: