Kursus Asas Perguruan

20 Jul

16 julai 2011 bersamaan sabtu 14 Syaaban 1432 H,semua guru-guru Pasti Wilayah Persekutuan telah di arah untuk menghadiri mesyuarat bulanan MGP serta Kursus Asas Perguruan Pasti. Terlebih dahulu mesyuarat di dahului dengan bacaan ummul kitab. Banyak perkara yang di bincang dan di rancang. Antara program yang terdekat adalah hari ‘Alam Ceria’Pasti Wilayah. Program tersebut akan berlangsung pada 30 Julai ini. Guru-guru juga turut membincangkan mengenai sukan pelajar 4 tahun.
Di kesempatan ini juga, cabutan undi telah dibuat untuk menentukan kedudukan persembahan dari pelajar-pelajar Pasti yang mengambil bahagian di dalam pelbagai kategori yang akan di pertandingkan nanti. Usul mesyuarat,semua guru-guru Pasti Wilayah tidak kira lama dan baru, diwajibkan menghadiri kursus asas perguruan.
Taklimat ringkas telah diberi oleh cikgu Samila Al-Kauthar yang juga merangkap pengerusi majlis pada hari itu.Perkongsian ilmu turut di sampaikan oleh cikgu Faziah dan juga cikgu Aina Majida. Slot kursus kali ini lebih kepada pengendalian ‘perhimpunan pagi’ kepada pelajar-pelajar dan cara menulis buku persediaan mengajar yang betul.Kursus ini adalah untuk memberi ilmu kepada guru-guru yang baru berkhidmat dan juga perkongsian ilmu dari guru-guru ‘otai’.
Banyak ilmu yang dapat ditimba hasil dari kursus yang diadakan.Walau dalam masa yang singkat tapi pengisiannya padat. Moga setiap ilmu yang di sampaikan dapat diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran kita seharian. ”Jadilah seperti sepohon kayu yang lebat buahnya’’,boleh memberi manfaat untuk orang lain.

Sumbangan Cikgu Noni.

Cikgu Faziah Osman, Ketua MGP serius mempengerusikan majlis

Cikgu Samila Said semangat memberi taklimat

Cikgu Faziah juga hebat..

Antara guru yang hadir, khusuk mendengar taklimat yang diberikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: