Takziah Dr Lo’ Lo’

20 Jul

PASTI WP menghulurkan ucapan takziah dan kesedihan mendalam di atas kepulangan Al-marhumah YB Dr. Lo’Lo’ Dato’ Hj. Ghazali kelmarin.Beliau adalah seorang tokoh srikandi muslimah yang cekal, tegas dan berprinsip di dalam perjuangan mendaulatkan Islam di tanah air ini.

Banyak acara dan program PASTI WP yang dihadiri beliau sementelah lagi markaz PASTI WP sendiri terletak dalam kawasan beliau iaitu Titiwangsa. Dalam kesesakan masa meladeni tuntutan rakyat dan jemaah, beliau tidak pernah beralasan untuk menghadiri program-program yang dianjurkan PASTI WP. Inilah kehebatan dan keistimewaan Al-marhumah YB Dr. Lo’ Lo’.

PASTI WP menjadi saksi di atas kecekalan dan kesungguhan Al-marhumah untuk menunaikan segala amanah yang terpikul atas bahu beliau.

Moga pemergian beliau ini mewariskan watak srikandi baru dalam perjuangan Islam di bumi tercinta.

“Dr, pergilah dikau dengan tenang, kami menyusul di belakang”

MOHD ADLIN SALLEH
Pengarah PASTI WP 2011.

Antara program yang beliau pernah hadiri ialah Sukan bola sepak & bola jaring 2009 di Kerinchi, Lembah Pantai. Beliau menyampaikan ucapan penutup dan menyumbangkan piala bola jaring pada masa tersebut. Nasib tak baik, gambar sukan tersebut tiada dalam koleksi saya…Web Master.

One Response to “Takziah Dr Lo’ Lo’”

  1. ummu sulaim July 20, 2011 at 4:14 pm #

    Salam. Kami di ttwangsa lbh2 amat merasa kehilgan yg amat sgt di atas pemergian beliau. Bnyk kenangan kami di ttwangsa bersama dr lo’ lo’, smd sms beliau bergelar yb atau sebelum. Untk pengetahuan semua warga pasti , kami ahli muslimat di ttwngsa prnah bersama-sama membakar lemang yang kami sama2 sediakan, dari ml sampai akhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: