Alam Ria Pasti WP 2011 meriah!

1 Aug

Pada Sabtu 30 Julai 2011, di Surau An-Nurhidayah, Perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai telah berlansung program Alam Ria Pasti Wilayah Persekutuan 2011. Program ini bertujuan untuk mencari wakil-wakil acara-acara yang dipertandingkan dari pasti di WP untuk dibawa ke peringkat Kebangsaan pada bulan September nanti. Acara-acara yang dipertandingkan ialah nasyid, hafazan, bercerita, azan dan deklemasi sajak. Program yang pada asalnya hendak dibuat di Dewan Orang ramai ditukar tempatnya di Surau An-Nurhidayah memandangkan surau ini lebih sesuai dan selesa.

Program bermula pada pukul 8:45 pagi dan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS WP, Sdr Kamaruzaman Mohamad. Pertandingan telah dibahagikan kepada dua tempat di mana acara azan dan sajak diadakan di ruang solat surau sementara acara nasyid, hafazan dan bercerita diadakan di ruang utama masuk ke surau. Ini dilakukan untuk menjimatkan masa. Kelihatan ibubapa begitu teruja melihat persembahan anak-anak mereka dan kebanyakan mereka menunggu sehingga habis program untuk mengetahui keputusan pemenang.

Keputusan penuh.
Nasyid
Tempat Pertama: Pasti Al-Khauthar 74 markah
Tempat kedua: Pasti Al-Ummah 73 markah
Tempat Ketiga: Pasti Ar-Rasyidin 70 markah

Hafazan
Tempat Pertama: Ahmad Baihaqi Ahmad Ghazali (Pasti Ar-Raudhah)
Tempat kedua: Ahmad Hafsin Syihabuddin Bin Hailmi (Pasti As-Salam )
Tempat ketiga : Nurin Dirayati Adani Bt Samzaini (pasti Ar-Rasyidin )

Bercerita
Tempat pertama: Nur Athirah (Pasti Al-Hilmi) 278 markah
Tempat kedua: Syazana bt Mohamad Azizulrahman (pasti Al-Aulad) 262 markah

Azan
Tempat Pertama: Muhammad Hanif bin Syah Yumi (Pasti Al- Ummah) 168 markah
Tempat Kedua: Muhammad Imran bin Bahri (Pasti Al-Hidayah) 140 markah
Tempat ketiga : Muhd Adib Naqiuddin bin Hazrisyam (Pasti As-Salam) 120 markah

Sajak
Tempat Pertama: Wan Nur Ain Najihah bt Wan Zuhaimi (Pasti As-Sofi) 90 markah
Tempat kedua: Daniela Amanda (Pasti An-Nur) 79 markah
Tempat Ketiga: Muhammad Aliff bin Mohd Fouzi (Pasti Al-Hidayah) 57 markah

Tahniah kepada semua pemenang dan kepada guru-guru yang telah bersusah payah melatih anak-anak murid mereka. Terima diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini terutamanya kepada AJK Surau An-Nurhidayah dan Pasti An-Nurhidayah.

Sdr Kamaruzaman Mohamad bersama Timbalan Pengarah

juara nasyid, Pasti Al-Kauthar

Juara Hafazan, adik Baihaqi Ahmad Ghazali dari Pasti Ar-Raudhah

Juara bercerita dari Pasti Al-Hilmi

Juara Azan





3 Responses to “Alam Ria Pasti WP 2011 meriah!”

  1. ummu sulaim August 2, 2011 at 5:03 pm #

    Tahniah kepada semua pemenang . Kepada pasti2 yg x menang, hebatkan persiapan di tahun akn dtg. Apalagi di peringkat pusat menjd acara tahunan. Kl boleh, di masa akn dtg, setiap acara , mempunyai lebih banyak penyertaan. Usahakan dari sekarang utk thn hdpn. Bg sy yg x prnh punya pengalaman dlm pencarian bakat spt ini, bersyukur krn di beri peluang menimba pengalaman di majlis ini. Cuma nk tanya, kl satu2 acara tu, di wakili lebih dari seorang, boleh ke ? Cnthnya, kl pasti a, peserta utk azan , cntohnya 3 orang, boleh ke? Apepun tahniah kepada semua yang terlibat. Walaupn kalah, tp komitmen dan kesungguhan tu, yg pntgm teruskan usaha.

  2. nazzli August 3, 2011 at 3:15 pm #

    tahniah n selamat berpuasa,,,,

  3. pemudawilayah August 4, 2011 at 1:03 am #

    Pn Ummu Sulaim, setakat ini kami hanya benarkan pasti2 hanya menghantar seorang peserta utk satu2 acara, Pasti2 kena pilih yg terbaik untuk menjadi wakil pasti.TK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: