Jasa mu tetap dikenang, Cikgu Azrin

5 Aug

Ucapan terakhir Cikgu Azrin di Pasti Malaysia

Selepas selesai program Alam Ria Pasti WP Sabtu lalu, kami bergegas pula untuk pergi ke program Pasti Malaysia. Program Jasamu Di Kenang yang diadakan di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, bermula pukul 3 petang. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan persaraan Cikgu Azrin Abd Majid dari menjadi Pengarah Pasti Malaysia dan penyerahan tugas kepada Pengarah Pasti Malaysia yang baru iaitu Cikgu (?) Hassan Ahmad dari Pasti Perak. Selepas lebih kurang 11 tahun Cikgu Azrin menerajui Pasti, kini tibalah masanya untuk orang lain menyambung tugas-tugas beliau sementelahan lagi Cikgu Azrin sudah bukan lagi berumur dalam kategori pemuda. Dewan Pemuda Pas Malaysia yang berkuasa penuh menentukan penjawat jawatan ini mungkin memikirkan sudah tiba masanya Pasti di kendalikan oleh orang muda yang lebih bertenaga dengan idea-idea yang baru. Atau mungkin ada factor-faktor lain. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ust Nasrudin Hassan telah merasmikan majlis tersebut.

Hadir pada program tersebut dari Pasti WP ialah Pengarah, Ust Mohd Adlin, Timbalan Pengarah, Sdr Halid dan SUK, Sdr Nur Fadhil. Cikgu Noridah dari Pasti Al-Aulad dan Cikgu Norhayati dari Pasti Ar-Raudhah turut hadir mewakili MGP WP.

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Cikgu Hassan dan kepada Cikgu Azrin, beliau tetap dihati kami dan akan kami kenang sepanjang hidup kami. Semoga Allah menerima segala susah payah beliau bersama Pasti sebagai amal-amal soleh.

Baru dan Lama. Cikgu Hassan dan Cikgu Azrin

Penyerahan tugas secara rasmi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: