BENGKEL IT PASTI WP 2011 & MAJLIS SUMBANGAN IDILFITRI 1432H

11 Aug



Sabtu 13 Ramadhan 1432H bersamaan 13 Ogos 2011, bertempat di Dewan Utama Bangunan PASTI Malaysia, Taman Samudra Utama, Batu Caves, PASTI WP akan mengadakan Bengkel IT 2011 yang akan melibatkan seluruh guru PASTI WP termasuk barisan Ahli Lembaga Pengarahnya (ALP).
Program yang julung-julung kalinya ini bertujuan untuk menyediakan kemahiran para guru khususnya dalam penguasaan ilmu komputer dan internet. Dalam situasi semasa ditambah dengan sifat sebagai ‘PASTI bandar’, kemahiran dan penguasaan pada skala minima adalah menjadi kefardhuan kepada semua warga PASTI WP. Maka menerusi Unit Latihan yang diketuai Cikgu Samila Said, program ini dirancang.
Program yang akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS WP, Yg. Berusaha sdr. Suhaimi Abdul Aziz ini akan bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. 2 slot utama akan mengisi agenda yang bakal disampaikan oleh 2 tenaga pakar IT yang dijemput khas. Untuk tujuan itu, para peserta disaran membawa peralatan utama seperti lap top, i-pad dan seumpamanya. Motto “Celik IT, Celik Info, Celik Dunia” menjadi slogan program.

Sebelah petangnya pula, seusai solat Zohor berjemaah, program penyerahan sumbangan Idilfitri 1432H pula akan mengisi tempat. Tetamu jemputannya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS WP 2, Ybhg. Ustazah Salbiah binti Abdul Wahab. Slot kemuncak ini bertujuan membantu persediaan menyambut Idilfitri di kalangan para guru dan ALP PASTI WP. Semoga sedikit pemberian yang dihulur melekat abadi di hati.
“Raikan Idilfitri dengan keceriaan dan kesyukuran”.

One Response to “BENGKEL IT PASTI WP 2011 & MAJLIS SUMBANGAN IDILFITRI 1432H”

  1. PASTI AL - UMMAH August 13, 2011 at 12:04 pm #

    ALHAMDULILLAH…ana dalam kalangan Guru2 PASTI bersyukur dapat jalani Program Ilmu sebegini rupa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: