Just to share

7 Sep

Sementara mencari berita terbaru untuk dimuatkan didalam blog ni, suka saya kongsi satu benda yang saya dapat masa saya balik ke kampung raya di rumah mertua saya di Kg Sabak Niyor, Yong Peng, Johor (rumah Cikgu Ida Pasti Al-Aulad la, mana lagi) tempohari.

Disebabkan kedudukan rumah mertua saya ni yang agak pendalaman, dikelilingi kebun sawit dan belukar, dah dekat dengan penghujung kampung arah ke sungai jalan mati, banyaklah binatang-binatang yang tak diundang selalu datang mencari rezeki dikeliling rumah ni. Babi dan monyet dah jadi perkara biasa datang hingga ke pelantar rumah, jalan-jalan cari makan gamaknya. Biawak, musang,landak, ayam hutan dan burung wak-wak juga perkara biasa. Yang terbaru masa saya balik haritu ialah kehadiran babon dan Ular sawa!

Seekor babon yang dah kehilangan kumpulannya setiap hari berlegar di belakang rumah. Dan yang nak saya kongsi kat sini ialah kehadiran ular sawa batik membaham ayam peliharaan mertua saya. Agak besar ular ni. Tapi sebelum sempat ular ini menelan ayam, sempat abang ipar saya membunuhnya dengan parang panjang. Menurut abang ipar saya, awal ramadhan haritu, baru saja seekor ular yang agak sama besarnya dibunuh oleh beliau. Berapa banyakla agaknya ular yang mendiami belukar dibelakang rumah ni.

Suasa malam di sini begitu sunyi dan agak menakutkan. Lagi menyusahkan saya, dah la astro tak ade, terpaksa tengok TV3. Channel lain tak clear. TV3 asyik tayang cerita hantu…haru betul. Apa taknya, bilik air terpisah agak jauh dari rumah. Tandas pulak, nun jauh kebelakang rumah dekat dekat dengan belukar. Bila malam, sunyi gelap gelita. Kalau perut meragam waktu malam … kalau tak kuat semangat, mahu terkincit dalam seluar dibuatnya.

Anak saya dan sepupunya bersama ular sawa batik yang telah mati di parang

Ular sawa dengan ayam yang tak sempat di bahamnya

Emak yang tercinta masa beraya di rumah adiknya di Port Dickson

Jangan mare ustaz. Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.

One Response to “Just to share”

  1. sahabat Kak Na September 11, 2011 at 7:29 am #

    Like!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: