Program Terdekat

14 Sep

Semalam, bertempat di Pasti Al-Hidayah, AJK Harian ALP Pasti WP telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara berikut :

1) Penyertaan Pasti WP dalam program “Alam Ria Pasti Malaysia 2011” anjuran Pasti Malaysia pada 16 dan 17 September 2011 di Kuala Kangsar, Perak. Kontinjen Pasti WP diketuai oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum , Sdr Mohd Abdul Azim bersama SUK Pasti WP, Sdr Nur Fadhil. Bersama mereka ialah guru-guru dan pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid, hafazan, pidato, azan, bercerita, berkhutbah dan bersajak. Mereka akan bertolak menaiki bas dari Pasti Al-Hidayah Jumaat ini pukul 10 pagi. Semoga selamat pergi dan pulang dengan kejayaan.

2) Sambutan hari raya Pasti WP 2011. Majlis akan diadakan pada Ahad 25 September 2011 di pasti Al-Hidayah bermula pukul 9 pagi. Semua ALP dan guru-guru bersama keluarga dijemput hadir.

3) Sukaneka Pasti WP 2011. Temasya sukan ini akan diadakan di padang awam Taman Maluri pada Ahad, 2 Oktober 2011. Kawasan Titiwangsa telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada kali ini.

4) Sukaneka K4T Pasti WP 2011. Pertama kalinya bermula tahun ini, Pasti WP akan menganjurkan sukan khas untuk pelajar-pelajar 4 tahun. Putrajaya akan menjadi tuan rumah untuk sukan ini.

5) Dan lain-lain.

Mesyuarat habis dalam pukul 1 pagi. Letih, mengantuk, semuanya ada.

Punya la banyak program, hampir tiap-tiap minggu. Itu belum masuk program-program parti yang lain. Semoga Allah permudahkan.

Ust Adlin sedang mempengerusikan mesyuarat. Mengantuk dah tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: