Sambutan Hari Raya Pasti WP 2011

26 Sep

Pada Ahad 27 Syawal 1432H / 25 September 2011, di PASTI Al-Hidayah, Keramat, PASTI WP telah menganjurkan sambutan hari raya Idilfitri 1432H/2011 untuk semua guru, ALP dan keluarga masing-masing. Majlis bermula kira-kira jam 10 pagi dan telah dirasmikan oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda PAS WP. Kira-kira 250 tetamu telah hadir pada pagi tersebut. Di antara tetamu khasnya ialah Tn. Hj. Mohd Nor Mohd (PJ PAS WP), Ust. Abdullah (YDP Titiwangsa), Ust. Dato’ Yazid Jaafar (Pak Yazid), Sdr. Khairul Anuar Manaf (SU PAS WP), Abg Din (SUK PAS WP), Sdr. Ahmad Zamri (pengerusi JUHAM DPPP), Sdr. Nurul Islam (SU DPP WP), Ust Bakar (Esko DPP WP) dan ramai lagi.

Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh membuka ruangan pagi dengan ucapan aluan serta imbauan ringkas kepada operasi PASTI WP. Seterusnya warga PASTI WP digelodak jiwa dan raga oleh ucapan perasmian Ketua DPP WP, Sdr. Kamaruzaman Mohd. Motivasi segar dan apresiasi indah diungkapkan oleh beliau sepanjang ucapan bersemangatnya. Terima kasih beliau mewakili DPP WP kepada semua warga PASTI WP.

Pelbagai juadah makanan yang membuka selera telah disajikan di antaranya sate lazat Lem Pantai, nasi beriani Padang Balang, lemang serata tempat, nasi impit Al-Sofi, meehon Jalan Kubur, rendang ayam Ibnu Sina, rendang daging al-Hilmi, ayam tomato, soto Kak Jah, Laksam Nurul Iman, tapai Taiping, kuih-kuih serata tempat dan bermacam-macam lagi. Pendek kata “macam-macam ada!”. Juga di sediakan ialah soya Ust. Burn, Manggo juice Kak Rozi dan cendol special Ulu Langat.

Kanak-kanak pula diraikan dengan duit raya PASTI WP dan taukey minyak PETRONAS (cuba teka siapa?) Kesempatan yang ada juga diambil untuk penyerahan hadiah kepada pemain-pemain bola sepak dan bola jaring yang mewakili PASTI WP pada pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuala Terengganu yang lalu.

Terima kasih kepada PASTI Al-Hidayah yang telah sudi menjadi tuan rumah kepada majlis ini. Terima kasih juga kepada semua PASTI yang telah menyumbang juadah demi menjayakan sambutan ini. Paling utama, kepada pengarah program, sdr. Syukri dan teamnya serta Cikgu Yusoop dan Kak Rozi. Tak dilupai MGP dan seluruh batalionnya. Tikiu! Tikiu! Tikiu!

Semoga selepas ini semua warga PASTI WP akan lebih bersemangat dalam menjayakan misi PASTI Malaysia menjadikan PASTI sebagai institusi pra-sekolah pilihan rakyat Malaysia.

Jangan lupa, ada beberapa program lagi menanti warga PASTI WP; Sukaneka 5 & 6 tahun pada 2hb Oktober di Taman Maluri, Sukaneka 4 tahun pada 9hb Oktober di Putrajaya. Peperiksaan akhir tahun pada 10hb Oktober dan Majlis Ihtifal (konvokesyen) pada 13hb November di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM). Jumpa di sana!!!

Ucapan Pengarah program, Sdr Shukri

Ucapan aluan oleh Pengarah Pasti WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh

Ucapan Perasmian oleh Ketua Pemuda PAS WP, Sdr Kamaruzaman Mohamad

Potong kek tanda program bermula. Sdr Shukri, Ustaz Adlin, Sdr Kamaruzaman dan Cikgu Yusoof sebagai otai PASTI WP.

VIP yang hadir, tn. PJ WP dan YDP Titiwangsa.

Penyampaian hadiah kepada pemain bola sepak dan bola jaring Pasti WP

khusyuknya manager sukan!
Pilih cikgu, pilih sampai tak terpilih!
Sidang parlimen PASTI WP
Turut hadir, 2 orang guru lelaki PASTI WP, syabas cikgu-cikgu!
“awat lame bebenor pengarah PASTI tu berceloteh, wa dah lapor dah nih!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: