Temasya Sukan ke 22 Meriah!

3 Oct

Pada Ahad, 2 Oktober 2011 telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan PASTI WP kali yang ke-22 di Padang Awam Taman Maluri, Kuala Lumpur. Program bermula pada jam 9 pagi dengan dirasmikan oleh Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS WP. Turut hadir Sdr Suhaimi Aziz, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS WP dan Sdr. Md. Shukor Aziz, Timbalan Yang Di Pertua PAS Bandar Tun Razak.

Program dimulai perbarisan masuk peserta-peserta sukan dari setiap PASTI di Kuala Lumpur dengan diiringi guru masing-masing. Sebanyak 19 PASTI telah mengambil bahagian pada kali ini; jumlah terbanyak sepanjang sukan ini dimulakan. Setiap mereka masuk dengan gaya, maskot dan kreativiti masing-masing. Perbarisan yang penuh warna-warni ini adalah salah satu daripada slot temasya yang ditunggu-tunggu. Kerana itu, ibubapa/penjaga sanggup bersesak-sesak untuk merakam foto anak-anak masing-masing daripada sudut terbaik sewaktu melakukan perbarisan hormat ini. Lebih-lebih lagi kesungguhan guru dengan penampilan maskot yang pelbagai serta kreativiti pakaian dengan alatan bantu seperti papantanda kecil dan slogan yang menarik menambah kemeriahan temasya ini. Syabas guru-guru sekalian…

Acara perasmian dimulai ucapan aluan oleh Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh dan ucapan dari Sdr Suhaimi Aziz. Ustazah Nuridah kemudiannya merasmikan program ini. Ikrar dan doa telah dibacakan oleh pelajar PASTI sebagai janji bersukan dengan baik di samping memohon doa keberkatan daripada Allah S.W.T. Perasmi kemudiannya telah melepaskan belon sebagai tanda sukan bermula seterusnya melakukan pemeriksaan barisan sambil beramah mesra bersama peserta dan guru-guru.

Sebanyak 10 acara untuk peserta lelaki dan perempuan telah dipertandingkan dan sebanyak 18 lorong pula telah disediakan. Kelancaran acara-acara di padang telah diuruskan dengan cemerlang oleh ALP sukan PASTI WP, adik-adik dari Dewan Pemuda Pas Titiwangsa dan Nisa’ Titiwangsa. Ketuanya ialah Cikgu Karim…

Acara-acara yang dipertandingkan ialah:
1) Menyusun huruf vokal
2) Masukkan bola dalam bakul
3) Masukkan gelung dalam badan
4) Membina kota tin
5) Baling pundi kacang
6) Larian obor
7) Isi air dalam botol
8) Tiup belon
9) Lambung dan sambut bola
10) Lari bawa baton

Acara padang berakhir kira-kira pukul 12:30 tengahari dan semua berkumpul kembali untuk majlis penyampaian hadiah. Yang Di Pertua PAS Titiwangsa, Ustaz Abdullah Wahab telah sudi hadir untuk memberikan ucapan penutup program dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kali ini PASTI Ar-Rasyidin dari Kawasan Batu telah memenangi acara perbarisan dan muncul juara keseluruhan sukan. Tahniah kepada mereka!

Jam satu petang semuanya berakhir. Tahniah kepada semua yang berjaya membawa pulang medal kemenangan. Kepada yang gagal, harap bersabar dan cuba lagi tahun hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ PAS Titiwangsa yang sudi menjadi tuan rumah pada kali ini. Segala penat lelah dan susah payah anda sangat-sangat kami hargai. Juga syabas dan penghargaan khusus kepada Unit Sukan PASTI WP terutama Sdr. Haris dan Abg. Zaidi. Semoga diterima Allah sebagai amal-amal soleh.

Kita jumpa lagi pada Kejohanan Sukan K4T di Lembah Pantai 16hb Oktober ini. Jumpa di sana…!!!

Perbarisan masuk para peserta sukan bersama guru-guru

Berkumpul di depan khemah VIP untuk acara perasmian

Ucapan aluan dari Pengarah PASTI WP, Ust Mohd Adlin Salleh

Sepatah dua kata daripada Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS WP, Sdr Suhaimi Aziz

Ucapan perasmian daripada Ketua Dewan Muslimat PAS WP, Ustazah Nuridah Salleh

Bacaan ikrar oleh adik Muhammad Najmuddin Ismail dari Pasti Ibnu Khaldun

Bacaan doa oleh adik Ammar Abdul Aziz dari Pasti Al-Hidayah

Pelepasan belon oleh perasmi tanda program bermula

Ustazah Nuridah dibawa beramah mesra dengan peserta sukan dan guru-guru

Peserta bersiap sedia untuk beraksi

sedia….

Acara sedang berlangsung..

Acara bapa, baling pundi kacang ke dalam bakul

Penyampaian hadiah oleh YDP Titiwangsa, Ustaz Abdullah Wahab

Pemenang acara perbarisan, PASTI Ar-Rasyidin bersama guru-gurunya.

Juara keseluruhan sukan PASTI WP 2011, PASTI Ar-Rasyidin

KEPUTUSAN PENUH TEMASYA SUKAN TAHUNAN PASTI WP 2011
KAWAT PERBARISAN
JOHAN : PASTI AR-RASYIDIN ( KAW. BATU)
N.JOHAN : PASTI AL-KAITHAR ( KAW. TITIWANGSA )
KETIGA: PASTI AL-UMMAH ( KAW. TITIWANGSA )

KEDUDUKAN KESELURUHAN:
JOHAN KESELURUHAN : PASTI AR-RASYIDIN ( KAW.BATU )
N.JOHAN : PASTI NURUL IMAN ( KAW LEMBAH PANTAI )
KE-3 : PASTI AL-UMMAH ( KAW. TITIWANGSA )
KE-4 : PASTI AL-KAUTHAR ( KAW. TITIWANGSA )
KE-5 : PASTI AN-NURHIDAYAH ( KAW.LEMBAH PANTAI )
KE-6 : PASTI AS-SALAM ( KAW. LEMBAH PANTAI )
KE-7 : PASTI AL-HUDA 1 ( KAW.SEGAMBUT )
KE-8 : PASTI AL-HUDA SPPK ( KAW. SEGAMBUT )
KE-9 : PASTI AN-NUR ( KAW.LEMBAH PANTAI )
KE-10 : PASTI AL-HIDAYAH ( KAW.TITIWANGSA )

5 Responses to “Temasya Sukan ke 22 Meriah!”

  1. zui October 4, 2011 at 6:12 am #

    Tuan,

    Takder keputusan lengkap ker? nak tau jugak sekolah anak saya dapat no. berapa. Tahniah atas kejayaan Penganjur dan semua pihak yg menjayakan Majlis Sukan yg agak besar ini.

    Syukran.

  2. Ainaa Aiman October 5, 2011 at 3:41 am #

    Tahniah kepada pihak penganjur…

  3. sofia October 13, 2011 at 9:53 am #

    taniah kepada yang menang dan kepada yang tak menang cuba lg tahun depan…

  4. AKHI HARIS October 17, 2011 at 3:45 am #

    KEPUTUSAN PENUH TEMASYA SUKAN TAHUNAN PASTI WP 2011.

    KAWAT PERBARISAN

    JOHAN : PASTI AR-RASYIDIN ( KAW. BATU)
    N.JOHAN : PASTI AL-KAITHAR ( KAW. TITIWANGSA )
    KETIGA: PASTI AL-UMMAH ( KAW. TITIWANGSA )

    KEDUDUKAN KESELURUHAN:

    JOHAN KESELURUHAN : PASTI AR-RASYIDIN ( KAW.BATU )
    N.JOHAN : PASTI NURUL IMAN ( KAW LEMBAH PANTAI )
    KE-3 : PASTI AL-UMMAH ( KAW. TITIWANGSA )
    KE-4 : PASTI AL-KAUTHAR ( KAW. TITIWANGSA )
    KE-5 : PASTI AN-NURHIDAYAH ( KAW.LEMBAH PANTAI )
    KE-6 : PASTI AS-SALAM ( KAW. LEMBAH PANTAI )
    KE-7 : PASTI AL-HUDA 1 ( KAW.SEGAMBUT )
    KE-8 : PASTI AL-HUDA SPPK ( KAW. SEGAMBUT )
    KE-9 : PASTI AN-NUR ( KAW.LEMBAH PANTAI )
    KE-10 : PASTI AL-HIDAYAH ( KAW.TITIWANGSA )

  5. akhi haris,ketua unit sukan pasti wp. October 17, 2011 at 3:48 am #

    Syukran kepada yg memberi respon..sahabat2 boleh bg cadangan dan pembaikan utk memperkasakan lagi penganjuran temasya sukan pasti wp…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: