Archive by Author

Postmoterm Sukan PASTI Malaysia & Mesyuarat Unit Sukan PASTI WP

1 Jul

image

image

image

Hari ini 2 Julai 2011 Unit Teknikal Sukan telah bermesyuarat di PASTI Al- Hilmi dan membincangkan Gerak Kerja Unit Sukan sambil bermuhasabah atas kekalahan Kontijen Bola Sepak & Bola Jarring Di temasya Pesta Sukan PASTI Malaysia.
Pengarah Unit Teknikal Sukan, Sdr Haris memberi motivasi dan bersedia dengan persediaan Sukaneka PASTI WP & Sukaneka K4T yang akan diadakan selepas Aidilfitr.

Selamat Hari Guru 2011

13 May

PASTI WP mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru pasti yang mengajar anak-anak pasti di Kuala Lumpur.  Semoga Allah menerima segala penat jerih anda dalam mendidik anan-anak pasti dengan pendidikan islam sebagai amal-amal soleh. Ikhlas kan diri dan sabar dalam mendepani kerenah anak-anak, mudah-mudahan Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

Pada tahun ini, sambutan hari guru Pasti peringkat Kebangsaan akan diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. InsyaAllah saya sendiri akan turun mengetuai kontinjen guru-guru pasti WP ke Shah Alam Sabtu depan 21Mei 2011.

Seperti biasa hari guru adalah antara hari-hari yang bahagia buat para guru. Pelajar-pelajar biasanya akan menghadiahkan guru-guru mereka dengan sesuatu yang istimewa. InsyaAllah, mungkin saya boleh kongsikan antara barangan yang akan diperolehi nanti. Ini kerana isteri saya juga adalah guru pasti. Beliau mengajar di Pasti Al-Aulad. Kita tengok nanti hadiah apa yang akan dia dapat!

Lagi Keluarga baru Pasti

6 Apr

Pada 12 Mac yang lalu, Cikgu Siti Azma Adenan dari Pasti Al-Kauthar telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang telah diberi nama Azmeer Ajmal. Beliau kini berada dirumahnya di Taman Cheras Utama bercuti selama 2 bulan. Timbalan Pengarah Pasti WP yang juga merupakan ketua Unit Kebajikan bersama isterinya Cikgu Ida Al-Aulad telah menziarahi Cikgu Azma di rumahnya. Sedikit sumbangan dari Pasti WP telah disampaikan. Cikgu Azma dan anak berada dalam keadaan sihat. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan keluarga.

Cikgu Azma bersama anaknya, Azmeer Ajmal

Sajak buat cikgu Ana

5 Apr

Hadirmu memberi harapan

Mencipta buah kejayaan

Untuk anak-anak kesayangan

Untuk nama As-Salam

Pergimu memberi keinsafan

Kesedaran akan janji benar Ilahi

Akan kesilapan dan kesalahan sesama insan

Dimana keikhlasan dan kejujuran hanya disisi Rabbul A’lamin

Hadirmu, pergimu mengukir sejarah kemenangan

Keinsafan untuk dikenang

Selagi ujud As-Salam

Hingga generasi mendatang

Allhu Akbar, Walillahilhamd

Nukilan :

Abd Rahman Bakri

Pengurus Pasti As-Salam

 Cikgu Rohana 2 dari kiri semasa meraikan kemenangan Pasti As-Salam menjadi juara Bola Jaring

Temasya sukan bola sepak & bola jaring pasti WP 2011

5 Apr

Pada 2 April 2011 bersamaan 28 Rabi’ulAkhir 1432H, PASTI WP telah mengadakan Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat WP buat kali yang ke 6. Pesta Sukan tahunan ini telah diadakan di Padang Bola Sepak DBKL, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak berhadapan BHP Bandar Tun Razak. Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring ini merupakan anjuran PASTI WP bersama Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak. Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Salbiah Hj Abdul Wahab yang merupakan Timbalan Pesuruh jaya 3 PAS WP merangkap Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat.

Pertandingan sukan Bola Sepak dan Bola Jaring bermula seawal jam 9.00 pagi. Semua kontijen    pasukan daripada 20 buah PASTI seluruh WP mengambil tempat masing-masing di sebelah khemah yang disediakan oleh pihak urusetia. Sejurus kemudian tetamu kehormat iaitu Ustazah Salbiah Hj Abdul Wahab sampai mengambil tempat  diiringi oleh Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh dan Pengarah Program Sdr Mohd Zaidi serta tetamu jemputan YDP PAS Bandar Tun Razak, Sdr Md Shukur Aziz. Program bermula dengan lintas hormat setiap kontijen PASTI-PASTI yang bertanding sambil di iringi lagu iringan. Setiap kontijen ini mempunyai baju sukan yang tersendiri. Mereka membawa panji perjuangan  PASTI masing-masing sambil diiringi oleh setiap guru PASTI dengan bantuan Unit Amal Bandar Tun Razak. Setelah semua kontijen berkumpul, acara di teruskan dengan nyanyian lagu PASTI daripada semua kontijen dan seterusnya ucapan ringkas daripada Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Seterusnya acara dirasmikan oleh Ustazah Salbiah. Setelah ucapan perasmian oleh beliau. Gimik perasmian juga turut diadakan dengan Ustazah Salbiah selaku perasmi Pesta Sukan ini memotong tali belon bersama riben sebagai tanda acara pertandingan akan bermula sebentar lagi. Kemudian, acara diserikan lagi dengan bacaan doa daripada adik Ahmad Baihaqy Ahmad Ghazali PASTI Ar-Raudah dan bacaan Ikrar daripada adik pelajar PASTI Al Aulad. Selepas itu, perbarisan kontijen keluar padang diiringi lagu iringan untuk memulakan acara kemuncak iaitu pertandingan sukan bola sepak dan bola jaring.

Sebanyak 9 padang diperuntukan untuk pestasukan ini yang mana 4 padang untuk bola sepak dan 5 padang untuk bola jaring. Pesta Sukan bola sepak dimulakan dengan pertandingan serentak 4 padang di antara PASTI As-Salam menetang PASTI Al-Huda, PASTI Ar-Rasyidin menentang PASTI Al-Hilmi, PASTI Al-Hidayah menetang PASTI As-Sofi/Furqan dan PASTI Ibnu Khaldun menentang PASTI Al-Aulad. Pertandingan-pertandingan yang berlangsung di antara setiap 20 buah PASTI adalah sungguh sengit sekali. Pelbagai skil dan teknik telah dipertontonkan oleh murid-murid PASTI ini walaupun mereka ini hanya berumur 5 dan 6 tahun sahaja. Perlawanan berlangsung sehingga ke tengahari. Pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah daripada PASTI Ar-Rasyidin dan PASTI Al-Hidayah. Kedua-dua pasukan ini berentap dengan penuh semangat yang berkobar-kobar demi memenangi juara bagi tahun 2011 ini untuk kali pertama untuk PASTI mereka. Walaupun perlawanan berlangsung pada tengahari namun ianya tidak melunturkan semangat mereka yang waja itu. Masing-masing telah menunjukkan skil dan gaya permainan yang hebat. Namun, apa kan daya, kehebatan PASTI As-Salam yang merupakan juara bertahan 5 kali yang tahun ini dijangka untuk mejuarai sekali lagi telah tertewas dengan Ar-Rasyidin dengan balingan syiling setelah sepakan penalti mendapat mata yang sama pada perlawanan separuh akhir antara PASTI As-Salam bertemu dengan PASTI Ar-Rasyidin dan juga tewas dalam penentuan tempat ketiga/keempat dengan PASTI Nurul Iman. PASTI Ar- Rasyidin berjaya menewaskan PASTI Al-Hidayah dengan jaringan sebanyak 1 berbalas 0. Juara baru bagi acara Bola Sepak merupakan PASTI Ar-Rasyidin, Naib Johan PASTI Al- Hidayah dan tempat ketiga  PASTI Nurul Iman. Bagi perlawanan bola jaring pula, juara ialah PASTI As-Salam setelah menewaskan PASTI Al-Kauthar

Penghujung pesta sukan bola sepak dan bola jaring ini ialah ucapan penutup yang telah disampaikan oleh Sdr. Herman Samsudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan seterusnya penyampaian medal kepada semua peserta dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Penyampaian medal kepada semua peserta bola sepak telah disampaikan oleh Sdr. Herman Samsudin selaku selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan..

Pertandingan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI WP 2010 ini berjaya melahirkan pemain terbaik dari sukan bola sepak dan bola jaring. Bagi Sukan Bola Sepak, pemain terbaiknya ialah Adik Irfan dari PASTI Ar-Rasyidin manakala bagi Sukan Bola Jaring pula ialah Adik Soleha Bt Zamri dari PASTI As-Salam.

Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring telah berakhir dengan jayanya. Semoga pertandingan ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam kedua-dua sukan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua PASTI kerana berjaya menghantar semua kontinjen untuk pesta ini. Juga tidak ketinggalan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada saf pelaksana program ini dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan acara ini, menyiapkan tempat dan segala fasiliti yang diperlukan. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

SUK Pasti WP.

Ucapan perasmian oleh Ustazah Salbiah

 

Perlawanan pembukaaan antara Ar-Raudhah dan As-Salam

Pelajar injured. Rawatan sedang diberikan

Perlawanan akhir antara Ar-Rasyidin dan Al-Hidayah

Tempat ke-3. Nurul Iman bersama pengurusnya

Ucapan penutup oleh Sdr Herman

Juara bola sepak 2011. Pasti Ar-Rasyidin

Juara Bola Jaring 2011. Pasti As-Salam

Pemain bola sepak terbaik. Adik Irfan dari Pasti Ar-Rasyidin

Pemain bola jaring terbaik. Adik Soleha dari Pasti As-Salam

 

Cikgu Ana dalam kenangan

4 Apr

Ajal dan maut di tangan tuhan. Apabila telah sampai masanya, kita semua akan dipanggil mengadap mencipta kita, Allah swt. Semua akan pergi meninggalkan alam yang fana ini, hanya masa yang menentukan bila dan bagaimana caranya.

Begitulah yang terjadi kepada Cikgu Rohana Che Lah, 46, guru Pasti As-Salam, Lembah Pantai. Tanpa di duga oleh sesiapa, beliau telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu lalu pukul 5:30 petang. Setelah kita semua bergembira dengan selesainya sukan bola sepak bola jaring pasti WP di Bandar Tun Razak, tanpa diduga salah seorang daripada kita telah dipanggil balik menemui Allah. Cikgu ana meninggal semasa pergi ke Klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan ubat penyakit jantung nya.

Cikgu Ana telah bersama-sama pasti WP setelah sekian lama malah sebelum saya terlibat dengan organisasi pasti kira-kira tahun 6 atau 7 tahun yang lalu. Beliau mengajar di Pasti An-Nur untuk sekian lama sebelum berhenti pada tahun lalu. Beliau  kemudiannya telah diminta dan dipujuk untuk mengajar di As-Salam pada tahun ini. Beliau telah menerima tawaran tersebut. Jasa-jasa beliau kepada Pasti dalam mendidik anak-anak begitu banyak yang tidak bisa saya ungkapkan disini. Semoga Allah menerima semuanya itu sebagai amal-amal soleh dan menempatnya roh beliau bersama-sama roh orang-orang yang soleh. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pagi semalam. Al-Fatihah….

Cikgu Ana di sudut kanan gambar. Ini gambar beliau yang saya ada dalam koleksi saya. Gambar ini semasa sukan bola sepak bola jaring 2007 di Taman Maluri

Mampukah As-Salam?

30 Mar

PASTI AS-SALAM BERTEKAD PERTAHAN JUARA KALI KE 6 

Cabaran dalam kejohanan sukan bola sepak dan bola jaring  peringkat pasti negeri wilayah persekutuan kali ke 6 akan ditentukan pada hari sabtu 2 april 2011 ini yang akan diadakan di padang bandar tun razak,cheras,kuala lumpur.

 Mampukan pasti as-salam yang mengungguli kejuaraan selama 5 tahun berturut-turut mempertahankan untuk kali ke 6 dan juga membuat kejutan dalam acara bola jaring ?  sama-sama kita nanti dan saksikan bersama….

Tamrin Rabbani MGP

28 Mar

Pada 11 mac 2011 yang lalu,Pasti Wilayah telah menghantar 4 orang wakil guru ke program ‘Tamrin Rabbani’ anjuran Majlis Guru Pasti Malaysia.Guru-guru tersebut terdiri dari Ketua MGP Pasti Wilayah iaitu cikgu Faziah,Timb.Ketua MGP cikgu  Siti Khadijah,SU MGP cikgu Masita dan cikgu Noni dari Pasti Assofi.Tamrin ini diadakan selama 3 hari 2 malam.

    Tamrin pada kali ini telah dibuat di negeri Perlis Indera Kayangan.Semua negeri telah menghantar wakil kecuali Sabah dan Serawak.Hampir 75 orang guru dari semua negeri   hadir ke program ini.Tamrin pada kali ini bukan sahaja tertumpu kepada pengisian rohani sahaja,tetapi juga menerapkan pengisian mental dan fizikal.Pada sebelah siangnya hanya program ‘outdoor’diadakan.Pada pagi sabtu peserta di minta berjalan sejauh 2km mengelilingi resort tempat peserta menginap iaitu Eagle Park Resort,Bukit Air Sg.Batu Pahat di dalam slot “diriku begitu berharga”.Di sebelah petangnya sekali lagi peserta diminta berjalan dengan mata yang ditutup dengan kain. Kami hanya mendengar arahan dari Fasilatator sahaja.Anak sungai ,tanah bercuram,berselut semua peserta redahi dengan jayanya.Sesungguhnya program ini berjaya menyatukan hati semua peserta.

     Pada sebelah malamnya semua peserta diberi pengisian rohani oleh beberapa orang ustaz.Kami amat bertuah kerana dapat bertemu mata dengan seorang pakar motivasi terkenal di Penang iaitu Ustaz Hj Abdullah Khairi.Beliau dulunya adalah seorang ahli sebuah kumpulan nasyid                                                                     

     Keesokan harinya majlis penutup telah diadakan .Perasmian penutup oleh cikgu Azrin pengarah Pasti Malaysia.Diikuti dengan sessi bergambar bersama ALP Perlis dan  salam perpisahan antara semua peserta.”Tamrin” pada kali ini benar-benar meninggalkan kesan dijiwa kami.Guru Pasti Serba Boleh.

     Peserta dari Wilayah adalah antara peserta yang terakhir pulang,ini adalah kerana ketiadaan tiket bas pada sebelah siang untuk ke Kuala Lumpur.Kami ‘check out’ dari resort,kemudian di bawa transit ke Pasti Bestari yang terletak berhampiran pekan Kangar.tepat jam 10.30 malam kami menaiki bas pulang ke KL.