Sukan K4T Pasti WP 2011 Ahad ini

20 Oct

Sukan Kelas 4 Tahun (K4T) untuk pelajar-pelajar pasti yang berumur 4 tahun akan diadakan di Padang Permainan Taman Gasing Indah, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya pada Ahad ini 23 Oktober 2011. Program akan bermula pada pukul 9:00 pagi dan akan dirasmikan oleh Sdr Nasaie Ismail, Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. Jumpa disana..

Selamat Pengantin Baru, Jabir

18 Oct

Pasti WP mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ketua Unit K4T dan Kaffah, Sdr Abdul Rahman Jabir. Beliau telah selamat melansungkan perkahwinannya pada Syawal yang lalu. Semoga perkahwinan beliau dirahmati Allah sehingga ke akhir hayat. Semoga dengan perkahwinan tersebut, beliau akan lebih komited dengan kerja-kerja pasti di Kuala Lumpur ini. Tahniah!

Sumbangan dari Pasti WP dan Unit Kebajikan kepada Sdr Jabir disampaikan oleh Ust Adlin pada mesyuarat khas Pasti pada 11 Oktober 11 yang lalu di Pasti An-Nur

Jamuan Silaturrahim di Al-Aulad

17 Oct

Pada Jumaat 14 Oktober 201 yang lalu, Pasti Al-Aulad, Bandar Tun Razak telah mengadakan majlis silaturrahim dengan semua ibu bapa dan anak-anak pasti yang belajar disitu. Program ini yang pada asalnya ialah program jamuan hari raya, tetapi telah ditunda ke hari Jumaat lepas memandangkan terlalu banyak sangat rumah terbuka pada Syawal tempohari. Dikuatiri tidak ramai ibubapa yang akan hadir jika diadakan semasa Syawal.
Program telah bermula tepat pukul 9:00 malam dan telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak, Tuan Haji Najib Ahmad. Timbalan Pengarah Pasti WP, Sdr Abdul Halid Basir yang juga merupakan Pengurus Pasti Al-Aulad telah berucap menggantikan Pengarah Pasti WP yang tidak dapat hadir.
Menurut Cikgu Ida, hampir semua ibubapa pelajar pasti ini telah hadir pada malam tersebut. Apa tidaknya, makanan yang disediakan habis licin, hanya tinggal kuah sahaja. Makanan utama yang disediakan adalah nasi beriani dan sate. Pengurus sendiri tak dapat nak merasa nasi beriani sebab habis cepat tak sempat nak makan.
Saya sebagai Pengurus Pasti Al-Aulad mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua ibubapa anak-anak pasti yang belajar disini kerana telah memberi kami kepercayaan untuk mendidik anak-anak mereka. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan amat-amat kami hargai.

Cikgu Ida dan Pengurus di pintu pagar pasti menyambut tetamu yang hadir

Ucapan aluan Timbalan Pengarah Pasti WP

Ucapan perasmian oleh YDP Pas Bandar Tun Razak, Tuan Haji Najib Ahmad

Antara yang hadir

Ibubapa yang hadir mendengar ucapan perasmian

Anak-anak seronok bermain

Guru lelaki di PASTI WP

13 Oct

Muslimat! itulah gambaran pertama di minda apabila terfikirkan tentang guru PASTI. Namun sekarang ini banyak yang sudah berubah. Sebagaimana juga gambaran awal tentang jururawat. Semestinya seorang wanita! tetapi kini tidak lagi. Sudah ramai kaum adam yang bertugas sebagai jururawat. Demikian juga apabila Pasti Wilayah Persekutuan mempunyai 2 orang guru lelaki. Mereka mengajar di Pasti Al-Aulad, Taman Minang, Cheras. Kedua-duanya adalah pasangan adik-beradik; Mohd Faiz Baharudin bertugas sebagai pembantu guru dan abangnya, Mohd Syafiq sebagai guru. (Sebenarnya di Melaka sudah ada guru PASTI lelaki yang bertugas sejak 3@4 tahun lepas..)

Faiz telahpun berkhidmat di pasti ini semenjak dua tahun yang lepas, membantu Cikgu Ida menguruskan kelas. Sementara abangnya pula mula bekerja menggantikan guru yang berhenti kira-kira 2 bulan yang lepas. Syafiq mempunyai kelulusan Diploma dan besar kemungkinan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut cikgu Ida, anak-anak Pasti kadang-kadang lebih senang untuk menerima arahan guru lelaki daripada guru wanita. Syabas diucapkan kepada mereka berdua.

Mohd Faiz dan abangnya Mohd Syafiq di majlis Hari Raya Pasti WP di pasti Al-Hidayah tempohari

SEKEPING GAMBAR 1000 ERTI

12 Oct

SUKANEKA TAHUNAN PASTI WP 2011:
DI SITU KASIH TERIKAT, RINDU TERERAT, SAYANG TERSURAT…

Peristiwa: Temasya Sukan Tahunan PASTI WP 2011
Tarikh: 02 Oktober 2011/04 Zulkaidah 1432H
Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Padang awam, Taman Maluri, Titiwangsa.
Peristiwa: “Sekeping gambar 1000 erti”

Keluarga Nuklear…syabas dari PASTI WP

Penungguan satu penyeksaan. Tapi demi anak tercinta, semuanya indah…

Ummi, nape bro (brader) tu tergolek-golek eirk?” “Ha ah, yelah sayang, ummipun dok tengah fikir gak nih

I dah bilang, sukan PASTI WP ni mesti meriah punya. Seronok ye bang nengok anak kita membesar sebagai JOHAN!

Agak-agak ada tak candid kamera nih? Kalu takda boleh gak landing dan baring-baring macam kat Pantai Hawaii tu..

Dari jauh nampak cam opah je…Isyh! tak mungkin lah…!

Rugilah! Masa kita bebudak dulu mana ada teknologi canggih belon camni?” “Ye lah! Ikut hati, mau je aku beli satu…nak main kat rumah!

Ummi, saya dapat nombor 1…acara lompat kijang berirama…

Macam ni baru betul!….adalah peluang nak bergaye sat…

Bang! Bang! Udah-udah la tu…janganlah buang tebiat lak. Yang bersukan bebudak PASTI, bukannya awak…!

Hasil pemerhatian S/U Pasti WP.

Program bersama si cilik di UM

11 Oct

Dalam kesibukan guru-guru Pasti menghabiskan sukatan pelajaran masing-masing, sempat lagi beberapa Pasti di kawasan Lembah Pantai menghadiri satu program yang dianjurkan oleh mahasiswa UM pada 5 Oktober 2011 sempena dengan Festival Konvokesyen UM (FESKUM). Program yang diberi nama “Ceria Bersama Si Cilik(CELIK’11)” bertemakan “kecik-kecik Cili Padi-Pelajar Kreatif dan inovatif”.

3 buah Pasti Lembah Pantai telah dijemput ke program tersebut sebagai memeriahkan lagi program. Mereka ialah Pasti Assofi, An Nur dan Al-NurHidayah. Selain itu ada juga penyertaan daripada tadika-tadika lain iaitu Tadika Comel Kreatif & amp;amp, Tadika Saya, Tadika Islam Haziq, Tadika Pelangi Comel Little Caliphs dan Tadika Twinkle Tots.

Tadika Islam Haziq dan Twinkle Tots telah diberi tugas membuat persembahan pada hari itu. Wah hebat gak mereka menari. Seterusnya acara turut memuatkan penampilan khas..nak tau cuba teka……”betul,betul,betul”….tentulah Upin dan Ipin. Ahaa.. bukan senang nak jumpa kalau tak menerima jemputan seperti ini. Terhibur sungguh anak-anak Pasti pada hari itu. Sempat bergambar lagi. Pihak penganjur turut menyediakan soalan –soalan kuiz dan cabutan bertuah…Aktif juga anak-anak Pasti menjawab soalan…berebut-rebut masing-masing nak menjawab. Maklumlah nak bawa balik hadiah. Banyak juga hadiah dan hamper yang diperolehi anak-anak Pasti.
Sebenarnya banyak pengalaman yang dapat ditimba apabila anak-anak Pasti didedahkan dengan program-program luar bilik darjah. Jadi jangan lepaskan peluang jika menerima jemputan seumpamanya di lain masa.Terima Kasih pihak penganjur. Semoga program seperti ini dapat diteruskan setiap tahun kerana faedahnya cukup besar.

Pengurus As-Sofi. Cikgu Noni.

Sukan K4T

11 Oct

Adalah dimaklumkan sukan untuk pelajar-pelajar PASTI 4 tahun (K4T) telah ditangguhkan ke 23 Oktober 2011. Sukan ini yang pada asalnya dirancang akan diadakan pada 9 Oktober 2011 di Putrajaya terpaksa ditangguhkan akibat beberapa masalah teknikal. Sebaliknya sukan yang julung-julung kalinya diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang berumur 4 tahun akan diadakan di Kawasan Lembah Pantai bertempat di Padang Awam, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya.

Peperiksaan akhir tahun

6 Oct



Peperiksaan akhir tahun 2011 untuk pasti-pasti di seluruh Malaysia akan bermula pada Isnin 10 Oktober 2011 dan berakhir pada Khamis 13 Oktober 2011. Di minta kepada semua ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka hadir ke pasti pada hari-hari tersebut. Pastikan anak-anak anda berada dalam keadaan sihat dan medapat tidur yang secukupnya. Semoga berjaya mendapat keputusan yang baik. Kejayaan anak-anak anda adalah kejayaan kami.