Cabaran dan Dugaan dalam menggapai cita-cita

21 Jun

Brum……brumm…brummm…kretttt…kret..ah nape van ni,tak mau hidup lak..getus hati kecil saudara Haris.Alamak minyak habis ke???Pelbagai soalan menerjah benak fikirannya.Kepenatan bermain di Padang belum lagi hilang ditambah lagi dengan van yang rosak tiba-tiba.Dicubanya sekali lagi..kreettt…kret…digagahi menuruni bukit berhampiran Kuarters Pendidikan Kiaramas.Akhirnya tersadailah kenderaan yang membawa pemain-pemain bola jaring dan bola sepak dari Lembah Pantai bersama jurulatih bola jaring dan guru-guru pengiring di tepi jalan.
Aduss..semuanya terpaksa turun dari van.Cuak,malu dan berbagai perasaan berlegar di kepala.Alamak!terpaksa bersidai di tepi jalan la nampaknya.Tapi apakan daya…semua tu dugaaaaannnn.Dalam kesedihan tu adala sepasang suami isteri yang mulia hatinya datang menghulurkan bantuan,terimakasih En Zaidi dan cikgu Marsita.
Ketika menunggu bantuan van dari rakan Abang Rahman ,masing-masing sempat lagi menjamu selera dengan bekalan yang di bawa.Tepi jalan,tepi jalan la…janji perut kenyang.Budak-budak dah menggelisah semacam je,hampir sejam lebih juga berada di situ,akhirnya van yang datang dari Lembah Pantai tiba memberi bantuan…ah lega rasanya.Terimakasih saudara Azmi kerana sudi bantu kami.Semua pelajar dan guru-guru dihantar kedestinasi masing-masing.
Rosak teruk van tu rupanya,sampai kena tunda..tapi tak pe banyak jasanya van tu pada Pasti,terimakasih Pasti Assalam terutama pada abang Rahman dan kak Sham.Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya…mungkinkah semua dugaan yang menimpa sebagai petanda pasukan dari Wilayah Persekutuan bakal merangkul juara di Pesta Sukan Peringkat Kebangsaan yang akan berlansung di Terengganu beberapa hari saja lagi…sama-sama lah kita doakan.

Cikgu Noni As-Sofi.

Cer tengok! kata Saidi dan isteri, Cikgu Marsita

buat muka tembok je la menunggu. Nak buat camne

Budak-budak pun buat muka tembok je..letih ke dik?

Haris jangan duk camtu, nanti ada yang terlepas…

2 Responses to “Cabaran dan Dugaan dalam menggapai cita-cita”

  1. noni June 21, 2011 at 1:07 pm #

    kasihan..tapi semua tu tak melunturkan hasrat untuk meneruskan perjuangan hingga kegarisan penamat…SELAMAT BERJUANG KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING YANG BAKAL BERLANGSUNG 24-25 JUN 2011 nanti..

  2. sofia June 26, 2011 at 3:38 pm #

    alahai kesian…..

Leave a comment