40 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Menurut Pakar Motivasi, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak iaitu :

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
Terus membaca

Pendaftaran PASTI WP 2010

Pendaftaran 2010 dibuka sekarang..!!!

LOGO PASTIAdalah dimaklumkan bahawa pendaftaran sesi 2010 untuk kanak-kanak 4, 5 dan 6 tahun dibuka sekarang. Sila berhubung dengan PASTI yang berkenaan secepat mungkin.

Maklumat lanjut tentang PASTI dan urusan pendaftaran boleh diperolehi menerusi PASTI masing-masing atau boleh diperolehi di bahagian ‘Senarai PASTI WP’.

Daftar segera untuk permulaan yang terbaik

bagi pendidikan anak kita.

“Menjana Generasi Al-Qur’an”

Siri Kenali PASTI WP

PASTI AS-SOFI

Pintu Masuk PASTI As-SofiPASTI As-Sofi terletak di 2-0-5, Pangsapuri Suci, Jalan Sri Jati 3, Taman Sri Jati, Off Jalan Puchong, Kuala Lumpur iaitu tingkat bawah Pangsapuri Jati. Ianya mula beroperasi pada 5 Januari 2009.

Dalam PASTI As-SofiPASTI As-Sofi ini mempunyai 3 buah kelas iaitu kelas 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. PASTI ini juga mempunyai 3 orang tenaga pengajar yang mana seorang mengajar bagi setiap kelas. Sesi pembelajaran adalah dari 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Pengurus PASTI As-Sofi ini ialah Sdr. Mohd Rosdan Samat.

Dalam PASTI As-Sofi Terus membaca

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Presiden PAS

Tuan Guru Haji Abdul HadiHari ini dengan izin Allah SWT genaplah 62 tahun usia Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang. Tuan Guru dilahirkan pada bulan Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober, 1947 di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.

Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan bagi meneruskan perjuangan ini. Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengan semangat yang membara dengan obor perjuangan Islam yang berpandukan al Quran dan as Sunnah.

Pendidikan Anak : Berhati-hati Dalam Menghukum

Budak marahHukuman adalah cara untuk menguatkan kesedaran seseorang bahawa yang salah itu salah dan yang betul itu betul. Sebab itulah setiap negara mempunyai hukuman dan undang-undang. Supaya mereka yang berbuat salah akan sedar perbuatannya itu salah dan mereka takut untuk melakukannya lagi, dan supaya orang yang melihat hukuman pun timbul rasa takut untuk melakukan kesalahan tersebut.

Seorang yang dihukum atas kesalahan sendiri, dan dia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan dan layak dihukum akan mendapat manfaat dari hukumannya itu. Berbeza dengan seorang yang tidak tahu mengapa dia dihukum, mereka akan memendam perasaan dan menimbulkan perasaan benci di dalam hati terhadap orang yang menghukumnya secara tidak adil.

Terus membaca

Semoga Berjaya..!!

Siri Kenali PASTI WP

PASTI IBN KHALDUN

Sebuah PASTI baru telah ditubuhkan di Wilayah Persekutuan iaitu PASTI Ibn Khaldun. PASTI Ibn Khaldun ini beroperasi di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Titiwangsa. Ia beralamat di no 27, Jalan 29/26, Taman Sri Rampai, 53300 Setapak KL. PASTI Ibn Khaldun ini akan memulakan pengajiannya pada 1 Januari 2010.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1) Pengangkutan pergi dan balik
2) Khidmat penjagaan sementara (Transit) sehingga jam 6 petang
3) Kelas yang berhawa dingin
4) Kelas Iqra’ pada sebelah petang.

Terdapat 2 sesi pembelajaran iaitu sesi pagi (8.00 – 11.00 pagi) atau sesi petang (2.00 – 5.00 petang).

Kepada semua ibu bapa yang berminat untuk pendaftaran anak, bolehlah menghubungi Ustaz Suhaimi (019-603 9187) atau En Faizal – Pengurus PASTI (017-312 8646) atau email ke pasti.ibn.khaldun@gmail.com