Archive by Author

Bercakaplah Dengan Anak-Anak Anda

11 Feb

PUAN Adibah bimbang mengenai anak perempuannya, Alia yang berusia tujuh tahun. Sejak beberapa minggu yang lalu, Alia seolah-olah dingin dan pendiam. Bila Adibah menegur anak perempuannya untuk mendapatkan maklumat, dia tidak diendahkan. Jelas sekali perhubungannya dengan Alia semakin buruk. Ketika Adibah merenungkan keadaan emosi Alia, beliau mulai sedar bahawa sejak beberapa bulan lalu, tidak banyak masa diluangkan untuk bersama anak perempuannya itu disebabkan tugas barunya. Apabila beliau dapat meluangkan masa sekalipun, ia seolah-olah hanya berkisar mengenai kerja rumah.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Adibah?

Apabila ibu bapa bimbang mengenai kualiti perhubungan mereka dengan anak-anak, mereka perlu mempertimbangkan dua perkara.

  1. sama ada anak mahu memberitahu perasaan mereka,
  2. sama ada anak ingin berkongsi dengan ibu bapa.

Menyatakan perasaan hati adalah satu petunjuk penting kualiti perhubungan. Kanak-kanak biasanya tidak banyak bercakap mengenai perasaan mereka dan oleh itu, apabila mereka memberitahu seseorang mengenai perasaan mereka, itu menandakan keyakinan.

Untuk memberitahu seseorang tentang rahsia anda, terutama apa yang anda suka dan tidak suka dan perasaan yang memalukan memerlukan sifat keberanian. Apabila seseorang anak melakukannya, dia membukakan pintu emosinya. Di peringkat ini, ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak mengeksploitasi kepercayaan ini dengan menyuruhnya membuat lebih banyak kerja rumah.

Ramai yang berpendapat bahawa perkembangan perhubungan anak-ibu bapa adalah sesuatu yang semula jadi dan dapat mengatasi ribut emosi kehidupan berkeluarga. Bagaimanapun, penyelidikan ke atas kanak-kanak menunjukkan bahawa banyak perkara yang boleh menjejaskan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.

Konflik berterusan antara ibu bapa adalah sesuatu yang akan mengganggu mana-mana anak pun. Bila ini berlaku, anak berasa resah dan runsing. Malah ada sesetengah yang menyalahkan diri sendiri di atas pertengkaran ibu bapa mereka lalu mengunci hati dan mengasingkan diri daripada semua orang.

Kita lazimnya tidak menganggap bahawa mempunyai seseorang yang sakit di dalam keluarga boleh menimbulkan masalah, namun gangguan memang berlaku. Apabila ibu bapa meluangkan banyak masa terhadap anggota keluarga yang sakit, anak-anak berasa diabaikan. Mereka mula membuat perangai untuk mendapatkan perhatian, dan ini menjengkelkan ibu bapa, lalu mengakibatkan tindak balas kasar, dan dengan itu menjejaskan perhubungan.

Mungkin, peramal paling penting mengenai kualiti perhubungan ialah gaya pendisiplinan. Jika seseorang ibu atau bapa terlampau berkeras dengan anak, si anak mungkin berasa takut untuk berinteraksi dengan ibu atau bapa itu. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak terlibat dengan keperluan seharian si anak, anak itu belajar untuk mengalih perhatian kepada mereka yang lebih terlibat. Tidak mengejutkan, ramai anak yang mempunyai perhubungan lebih kukuh dengan pembantu rumah, berbanding dengan ibu bapa mereka.

Apabila seseorang anak mempunyai perhubungan yang baik dengan ibu bapanya, konsensus umum ialah bahawa anak itu berasa lebih terjamin di rumah dan lebih gembira. Ini menghasilkan jati diri lebih tinggi dan kesihatan mental positif secara umumnya. Seperkara lagi, seseorang ibu atau bapa yang mempunyai hubungan lebih kukuh dengan anaknya juga berada dalam keadaan yang lebih baik untuk membimbing anak itu, dan dengan demikian masalah pendisiplinan mungkin dikurangkan.

Banyak perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk memperbaiki perhubungan dengan anak-anak mereka. Di sini ada beberapa cadangan:

  • Menerima anak anda seadanya

Setiap orang mempunyai keperluan untuk diterima seperti seadanya. Apabila seseorang bersikap terlalu menilai tabiat semula jadi dan keterampilan fizikal seseorang, anda merenggangkan orang itu. Begitu juga dengan kanak-kanak. Oleh itu, jika ibu bapa boleh belajar menerima kekuatan dan kekurangan anak, juga sikap suka dan tidak sukanya, anak akan berasa bahawa ibu bapa adalah orang yang boleh dibawa berbual.

  • Ketahui minat anak anda

Untuk mengenali seseorang, bererti mengetahui cita rasa orang itu. Di mana yang berkaitan dengan kanak-kanak, ia bererti mengetahui makanan kegemaran dan yang lebih penting, permainan kegemaran mereka. Bermain barangkali adalah satu aktiviti amat penting untuk semua kanak-kanak. Apabila ibu bapa menaruh minat di dalam permainan si anak, dan cuba sedaya upaya untuk ikut serta, anak memandang ibu bapa sebagai rakan.


  • Luangkan masa untuk bermain dengan anak anda

Meluangkan masa dengan seseorang anak adalah satu perkara. Setiap ibu bapa melakukannya, dan ramai memberitahu kita bahawa ia dilakukan menerusi tuisyen dan penghantaran anak dari satu tempat ke tempat yang lain. Malangnya, perspektif yang kanak-kanak ambil adalah berbeza daripada orang dewasa. Oleh itu, masa umum yang ibu bapa luangkan dengan anak-anak mereka tidak dianggap sebagai menyeronokkan. Bagi seseorang anak, bermain adalah menyeronokkan, dan oleh itu ibu bapa perlu mencari sedikit masa setiap hari untuk bermain dengan anak-anak mereka.

  • Perhatikan dan puji anak anda mengenai perkara-perkara baik yang mereka lakukan

Manusia menjadi mesra kepada yang lain, apabila mereka mempunyai kemesraan di dalam diri. Kemesraan ini boleh diwujudkan dengan cara menyebut perkara-perkara yang baik mengenai orang lain. Ini bererti pujian dan sanjungan. Apabila ibu bapa memerhatikan anak-anak mereka melakukan perkara-perkara yang positif, dan memberi pujian yang positif, anak-anak memandang ibu bapa mereka secara yang positif. Dengan itu, mereka akan cenderung untuk berinteraksi dengan ibu bapa mereka bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas yang positif.

  • Dengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak anda

Apabila ibu bapa meluangkan masa dengan anak, ia juga adalah satu peluang untuk memahami anak itu. Memahami seseorang bererti menyedari perasaan mereka mengenai sesuatu perkara. Cara yang terbaik untuk melakukan ini ialah dengan mendengar apa yang anak itu kata dan rasakan. Apabila ini berlaku, anak-anak sedar bahawa ibu bapa mereka memberi perhatian kepada mereka, lalu bersedia untuk bercakap lebih banyak lagi.

Memupuk perhubungan yang positif dengan anak anda adalah penting. Ia lebih mudah dilakukan semasa mereka lebih muda, berbanding ketika mereka lebih tua. Ini membina asas yang kukuh untuk kepercayaan dan kehidupan berkeluarga yang lebih terjamin. Ramai ibu bapa yang belajar bahawa berinteraksi dengan anak-anak mereka boleh dicapai dengan cara yang menggembirakan dan munasabah. Bagi kebanyakan mereka, ia adalah permulaan satu fasa baru dalam kehidupan berkeluarga. Bercakaplah dengan anak-anak anda. Lakukannya sekarang, dan anda pasti akan melihat kesihatan mental yang positif untuk jangka masa yang panjang.

Siri Kenali PASTI WP

10 Feb

PASTI HUDA SPPK

PASTI Huda SPPK terletak di No 88, Jalan 3/38D, Taman SPPK, Segambut, Kuala Lumpur. PASTI Huda SPPK ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Dewan Pemuda PAS Segambut dengan dibantu oleh Cikgu Khatijah Ismail. Kini, PASTI Huda SPPK telah diuruskan sepenuhnya oleh Cikgu Khatijah Ismail.

Pada peringkat awalnya, PASTI Huda SPPK ini merangkap markaz kepada PAS Kawasan Segambut. Ia terletak di corner lot tidak jauh dari tempat yang ada kini. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, setelah 2 tahun, pengurusan PASTI Huda SPPK ini telah diambilalih oleh Cikgu Khatijah dan suami sepenuhnya. Pada tahun 2004/2005, PASTI ini telah berpindah ke No 88, Jalan 3/38D ini. Ini disebabkan oleh sewa yang semakin mahal dan pihak pengurusan PASTI juga telah mendapat sewa yang lebih murah.

KEJAYAAN

Di sudut akademik, PASTI Huda SPPK pernah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik 5 Tahun pada tahun 2003. Di sudut sukan pula, PASTI Huda SPPK ini pernah mendapat tempat ke 2 dalam Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Peringkat WP pada tahun 2008.

GURU

PASTI Huda SPPK ini mempunyai seramai 6 orang guru dan seorang pengasuh. Setiap kelas mempunyai mempunyai 2 orang guru. PASTI Huda SPPK ini juga mempunyai seorang guru yang telah berkhidmat semenjak PASTI SPPK ini dibuka lagi iaitu Cikgu Noryati Jamari. Beliau telah berkhidmat selama 11 tahun.

PERKHIDMATAN

PASTI Huda SPPK ini mengambil pelajar-pelajar 4,5,dan 6 tahun. Setiap kelas mempunyai 2 orang guru. Kelas 4 tahun kini mempunyai seramai 25 orang pelajar, 5 tahun pula seramai 30 orang dan 6 tahun seramai 23 orang. PASTI Huda SPPK ini juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak bermula jam 7 pagi sehingga 6 petang. Selain itu, kelas pengajian Al-Quran juga disediakan pada sebelah malamnya iaitu bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam.

Semoga PASTI Huda SPPK ini terus berjaya dan terus memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya seterusnya melahirkan generasi-generasi yang soleh dan solehah.

Perkhidmatan
PASTI SPPK ini mengambil pelajar-pelajar

4,5,dan 6 tahun. Setiap kelas mempunyai 2

orang guru. Kelas 4 tahun kini mempunyai

seramai 25 orang pelajar, 5 tahun pula seramai

30 orang dan 6 tahun seramai 23 orang.
PASTI SPPK ini juga menyediakan perkhidmatan

penjagaan kanak-kanak bermula jam 7 pagi

sehingga 6 petang.
Selain itu, kelas pengajian AL-Quran juga

disediakan pada sebelah malamnya iaitu bermula

jam 8 malam sehingga 9.30 malam.

[rockyou id=156520678&w=426&h=320]

Bengkel Keselamatan PASTI WP

9 Feb

Pada 7 Februari 2010 PASTI WP telah mengadakan bengkel keselamatan yang bertempat di PASTI AL-Furqan, Kg Pasir, Lembah Pantai. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.30 tengahari ini dihadiri oleh semua guru, pengasuh dan pengurus PASTI-PASTI di WP.

Di antara peserta yang hadir

Bengkel keselamatan PASTI WP ini bermula dengan kuliah yang bertajuk ‘Kawalan Kecederaan di PASTI’ yang telah disampaikan oleh Dr. Rainey Azmi bin Ali dari Institut Jantung Negara (IJN). Di dalam slot ini, Dr. Rainey telah menerangkan bagaimana kaedah-kaedah rawatan awal sekiranya mengalami kecederaan seperti patah anggota badan, melecur dan luka-luka besar. Beliau juga turut memaparkan beberapa tayangan slide berkenaan situasi-situasi luka dan rawatan.

Dr. Rainey sedang memberikan kuliah kesihatan beliau

Antara peserta yang hadir..tekun sungguh mereka mendengar

Kemudian kuliah diteruskan lagi dengan penyampaian oleh salah seorang peguam iaitu Saudara Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi yang bertajuk ‘PASTI Dari Sudut Perundangan’. Saudara Ahmad Zamri telah menerangkan PASTI dari sudut perundangan dan juga menerangkan kaedah-kaedah perundangan yang boleh diambil oleh guru-guru sekiranya berdepan dengan beberapa situasi.

Ahmad Zamri sedang memberikan taklimat undang-undang kepada guru.

Guru-guru yang khusyu’ mendengar penerangan yang diberikan…

Kuliah yang terakhir ialah ‘Risiko Kebakaran di PASTI’. Kuliah ini telah disampaikan oleh wakil dari Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia. Di dalam kuliah ini, beliau telah menerangkan bagaimana kebakaran boleh terjadi di PASTI-PASTI dan bagaimana untuk menanganinya. Yang menarik di dalam kuliah ini ialah praktikal memadamkan kebakaran yang telah ditunjukkan oleh anggota BOMBA ini. Guru-guru PASTI WP ini juga turut diberikan peluang untuk menjalani latihan praktikal memadamkan api ini. Ini supaya mereka dapat membiasakan diri menggunakan alat pemadam api ini sekiranya berlaku kebakaran.

Wakil Bomba sedang memberikan taklimat…

Sembur kak..jangan tak sembur..!!

Bengkel keselamatan ini berakhir jam 1.30 tengahari. Alhamdulillah, bengkel keselamatan ini berjaya dilaksanakan. Semoga para peserta mendapat pelbagai ilmu berkenaan keselamatan ini dan dapat dipraktikkan sekiranya terpaksa berdepan dengan situasi-situasi yang tidak diingini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Rainey, Saudara Ahmad Zamri dan Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia yang telah memberikan kuliah kepada para peserta. Tidak dilupakan kepada seluruh ahli lembaga pengarah PASTI WP, PAS Kawasan Lembah Pantai dan seluruh PASTI WP yang telah bersama-sama menjayakan bengkel keselamatan ini. Moga Allah membalas semua jasa kalian.

[rockyou id=156503907&w=426&h=320]

Kursus Latihan Asas Guru PASTI WP

2 Feb

Pada 1 Janari 2010, PASTI WP telah mengadakan Kursus Latihan Asas Guru bagi sesi 1 di PASTI Hidayah, Jalan Gurney. Kursus ini telah dihadiri seramai 34 orang guru PASTI WP. Kursus yang bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan PASTI WP dengan kerjasama Majlis Guru PASTI (MGP) PASTI WP.

Di antara cikgu-cikgu yang hadir mengikuti kursus latihan

Kursus ini merupakan sesi yang 1. Ia bertujuan untuk memberikan latihan dan teknik-teknik asas berkenaan pengajaran dan pembelajaran kepada semua guru.

Pendaftaran peserta telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Ia diikuti dengan taklimat kursus yang telah disampaikan oleh Ustaz Karim Abd Rahim selaku Pengarah Unit Latihan. Selepas itu, kursus diteruskan dengan pembentangan teknik membuat jadual waktu yang telah disampaikan oleh Cikgu Rabiah Zakaria dan Cikgu Rahayu Rajab.

Cikgu Rahayu bersemangat memberikan taklimat kepada para peserta yang bersemangat

Kursus ini telah berhenti rehat seketika pada jam 12 tengahari untuk makan dan solat zohor. Ia bersambung lagi pada jam 2 petang untuk slot seterusnya iaitu slot Pengajaran dan Pembelajaran yang telah disampikan oleh Cikgu Rozana Mohd Razi. Beliau merupakan Ketua Majlis Guru PASTI Wilayah Persekutuan. Di penghujung slot ini, para peserta kursus diminta untuk membentangkan hasil slot ini mengikut kumpulan masing-masing.

Giliran Cikgu Rozana pula memberikan slot kepada para peserta. Haaa, jangan garang-garang ye Cikgu Zana

Di akhir kursus ini, acara penyampaian sijil penyertaan telah diadakan. Ia telah disampaikan oleh Encik Ir. Haji Hassanal selaku Setiausaha PASTI WP.

Antara kumpulan yang membentangkan hasil kerja berkumpulan.

Seronoknyee Cikgu Khadijah dapat sijil..!! Eh, Haji Hassanal pulak control macho..

Kursus Latihan Asas Guru ini melabuhkan tirainya pada jam 5 petang dengan diakhiri jamuan petang. Semoga kursus ini dapat memberikan banyak ilmu kepada guru-guru di dalam sesi pengajaran di PASTI-PASTI. Tahniah diucapkan.

[rockyou id=156409779&w=426&h=320]

Pelajar Cemerlang PASTI WP dalam Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia

2 Feb

Pada 30 Januari 2010 yang lalu, PASTI Malaysia telah mengadakan Anugerah Pelajar Cemerlang peringkat kebangsan. Ia diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Anugerah Pelajar Cemerlang ini telah dirasmikan oleh Sdr. Ahmad Sabky Yusof selaku Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Anugerah ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar PASTI yang berumur 5 dan 6 tahn yang cemerlang di seluruh Malaysia. Seramai 28 orang pelajar PASTI telah menerima angerah tersebut.

Tidak terkecuali juga pelajar PASTI dari Wilayah Persekutuan. Seramai 2 orang pelajar PASTI dari Wilayah Persekutuan menerima anugerah tersebut. Mereka ialah Adik Luqman Hakim Abdul Halim yang berumur 5 tahun dari PASTI Al-Huda 1, Segambut dan Adik Tasnim Batriesya Mohammed Ali yang berumur 6 tahun dari PASTI Aulad, Bandar Tun Razak.

Program yang berakhir jam 1 tengahari ini telah dihadiri bukan sahaja dari kalangan pelajar-pelajar PASTI penerima angerah malahan ibu bapa mereka juga turut sama menghadiri bagi melihat anak-anak mereka menerima anugerah. Semoga pelajar-pelajar PASTI ini sentiasa cemerlang pada masa akan datang. Insya Allah…

[rockyou id=156409370&w=426&h=320]

Kursus Kaffah PASTI WP

31 Jan

Pada 22 dan 23 Januari 2010 yang lalu, telah diadakan kursus kaffah bagi PASTI WP. Kursus ini diadakan di Pejabat PASTI Pusat, Taman Samudera,  Gombak, Selangor. Seramai 28 orang guru PASTI sekitar WP telah menghadiri kursus kaffah tersebut. Kursus Kaffah PASTI WP ini juga merupakan kerjasama bersama di antara PASTI WP dan  Unit Kaffah PASTI Malaysia.

Cikgu Subhi membentangkan slot kursus kaffah.

Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai persediaan kepada semua pasti yang ingin mengadakan kelas kaffah bagi tahun 2010. Kelas kaffah ini terbuka kepada untuk pelajar-pelajar sekolah rendah bermula dari darjah 1 sehingga 6. Di antara mata pelajaran yg ditawarkan ialah bahasa melayu, bahasa inggeris, lughah al-quran, matematik, sains, fiqh solat, fiqh taharah, fiqh syahadah dan pendidikan al-quran dan as-sunnah.

Kelihatan cikgu-cikgu sedang memberikan tumpuan 200% kepada slot yang diberikan.

Kursus kaffah PASTI WP ini bermula dengan pendaftaran seawal jam 8.00 malam pada hari Jumaat 22 Januari 2010. Kemudian diikuti dengan pembentangan slot dari Ustazah Wahibah yang bertajuk ‘Konsep Kurikulum Kaffah’ bermula jam 9.30 malam sehingga 11 malam. Kemudian semua peserta menikmati minum malam dan tidur.

Tu dia khusyuknye Kak Jah makan sampai tak perasan Kak Noni yang terlelap di sebelah..

Pada keesokan harinya, selepas minum pagi, pembentangan slot diteruskan lagi iaitu slot ‘Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Kaffah’, ‘Fardhu Kifayah dan ‘Ain’ dan ‘Taklimat Pengajaran Bahasa’ oleh Cikgu Subhi sehingga tengahari. Kemudian makan tengahari dan solat Zohor. Slot diteruskan lagi dengan pembentangan dan taklimat Lughatul Quran dan Pengajaran Sains dan Matematik pada sebelah petang dan ‘Tarbiyyah Dalam Kurikulum Kaffah Untuk Penggerak Kaffah’ pada sebelah malamnya.

Apa laa yang hangat dibualkan oleh cikgu-cikgu ni masa makan ye..!!

Pada hari terakhir iaitu hari ahad, para peserta dibentangkan dengan 2 slot terakhir iaitu slot ‘Penggunaan dan Penyediaan Bahan Dalam P&P Kaffah’ dan ‘Taklimat Pengajaran Fiqh’. Selepas itu, para peserta diminta untuk membuat pembentangan berkumpulan sebagai rumusan terhadap kursus ini. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman setiap guru yang mengikuti kursus ini.

Sesi pembentangan slot diteruskan lagi. Jangan mengantuk ye cikgu-cikgu..!!

Kursus Kaffah PASTI WP ini berakhir dengan ucapan pengarah program iaitu Ust Abu Bakar Abdul Rahman dan juga ucapan Pengarah PASTI WP, Ust Mohd Adlin Salleh. Penyampaian sijil penyertaan juga diberikan kepada semua guru yang hadir.

Sesi penyampaian sijil oleh Pengarah PASTI WP. Amboi, sukanyee Kak Zana..!!

Terima kasih diucapkan kepada Unit Kaffah PASTI Malaysia, Unit Kaffah PASTI WP, saf kepimpinan PASTI WP dan seluruh individu yang terlibat di dalam menjayakan kursus ini. Semoga jasa kalian akan dibalas dengan sebaik-baik balasan. Terima kasih diucapkan.

Kabinet PASTI WP 2010…terbaru!!!

31 Jan

PASTI Wilayah Persekutuan telah mengadakan rombakan kabinet bagi sesi 2010. Berikut adalah saf kepimpinan terbaru PASTI WP. Tahniah dan Takziah diucapkan kepada semua pemegang amanah. Semoga saf kepimpinan yang terbaru ini dapat menjalankan amanah sebaik mungkin dan meneruskan tradisi mendidik anak bangsa.

PENGARAH

UST. MOHD ADLIN SALLEH

TIMB PENGARAH

HAJI ABD HALID BASIR

SETIAUSAHA

IR. HAJI HASANAL I KASSIM

BENDAHARI

PN. HAJAH RUZIAH SAMAT

SETIAUSAHA KERJA

SDR. ZULKARNAIN BORHAN


UNIT  PENAZIRAN

CIKGU MD YUSOOP ABDUL HAMID

UNIT PERBEKALAN

EN. ABDUL RAHMAN BAKRI

UNIT KAFFAH

UST. ABU BAKAR ABDUL RAHMAN

UNIT KEBAJIKAN

UST. ABU BAKAR ABDUL RAHMAN

UST. ABDUL RANI

UNIT SUKAN

SDR. HARIS ABDUL RACHIM

EN. MOHD SAIDI IBRAHIM

UNIT LATIHAN

UST. KARIM ABDUL KARIM

UNIT KO KURIKULUM

MOHD KHAIDIR MOHAMMED DAHLAN

UNIT IT

HAJI ABDUL HALID BASIR

SDR. ZULKARNAIN BORHAN

UNIT ARKIB

SDR. ZULKARNAIN BORHAN

Bengkel Keselamatan PASTI WP 2010

27 Jan

BENGKEL KESELAMATAN

PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN 2010

PADA :

7 FEBRUARI 2010

TEMPAT :

MARKAZ PAS LEMBAH PANTAI,

KG PASIR BARU

PESERTA :

SEMUA GURU PASTI WP

PENCERAMAH :

1. Dr. Rainey Azmi Bin Ali

(Institut Jantung Negara)

2. Sdr. Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi

(Jabatan Undang-Undang

dan Hak Asasi Manusia DPPWP)

3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia